Showing posts with label Asakusa. Show all posts
Showing posts with label Asakusa. Show all posts

Thursday, 6 November 2014

EXPLORING TOKYO : ASAKUSA (DAY 8)

Assalamualaikum,

Hari ni dah masuk hari ke-8. Maksudnya termasuk malam ni cuma ada 2 malam saja lagi di Tokyo sebelum balik ke Malaysia terchenta. Memandangkan aktiviti di Hakone semalam agak memenatkan, hari ni kitorang plan acara merayap yang santai-santai saja - siang ni ke Asakusa, malam nanti ke Ginza dan Shinjuku.

Pagi ni pun memang kitorang saja keluar lambat dari hotel sebab kononnya tak puas berehat lagi. Lenguh-lenguh kaki semalam tak hilang lagi. Mengada-ngada sangat ni... baru berjalan kaki beberapa km dah sengal sana sengal sini! 

Kesempatan 'berehat' tu aku ambik untuk packing. Sebelum ni dah siap packing satu luggage bag. Hari ni packing bag yang kedua pulak. Baju yang nak dipakai hari esok dan masa balik Malaysia nanti aku keluarkan dan gantung kat hanger. Apa-apa yang dah tak nak pakai lagi aku simpan siap-siap dalam bag. Habis cerita. Jadi hari esok aku dah relax. Cuma kena simpan barang-barang yang digunakan hari ini esok dan lusa saja. Dah tak payah fikir nak packing bagai nak rak lagi. Masih sempat nak meronda-ronda lah kiranya :) *Suci murni sungguh nawaitu ku itu!

Berbalik pada acara jalan-jalan kitorang hari ni - untuk ke Asakusa, dari hotel Horidome Villa kenalaa berjalan kaki tak sampai 10 minit ke Ningyocho Station. Kemudian naik subway direct ke Asakusa. Journey ke sana cuma 6 minit saja!

Ningyocho Station ---> Toei Subway Asakusa Line (6 mins, 3 km, 170 Yen) ---> Asakusa Metro Station.

View beberapa ratus meter dari exit metro station bertentangan Azumbashi Bridge.

Terus flashback memori naik beca masa sekolah rendah kat Muo dulu! Sampai darjah 3 kot aku naik beca. Pakcik beca tu macam bawak kertas A4 sekeping sebab zaman tu aku teramat keding so for sure ringan gila kot! Hahaha

Beca ini dipanggil rickshaw atau jinrikisha. Abam-abam yang menarik beca ni sado-sado belaka uols! Ada antaranya student universiti yang buat kerja ni untuk improvekan Bahasa Inggeris dan dalam masa yang sama mengekalkan bentuk tubuh badan diorang yang ramping itu! Euwww. 

Sekiranya berhajat, bolehlah naik jinrikisha untuk mengelilingi Asakusa sambil ditemani abam-abam beca ini. Ada a few package untuk kita pilih. Kalau tak silap package setengah jam mengelilingi Asakusa untuk 2 orang 'cuma' 8000 Yen sahaja! *Impian untuk lebih mengenali abam sado hancur berkecai bak watermelon dihempas dari tingkat sepuluh bila dengar harga tu.
Azumabashi Bridge merentasi Sumida River.

Bangunan yang berbentuk macam sejemput t@hi ini adalah Asahi Beer Hall. Di sebelahnya pula Asahi Beer Tower di mana di sinilah letaknya ibu pejabat Asahi Breweries, salah sebuah pengeluar utama minuman termasuk minuman keras di Jepun.


Tokyo Sky Tree Tower nampaknya macam dekat je tapi hakikatnya 20 minit jugak kot kalau nak berjalan ke sana dari tempat aku berdiri ni.

Selesai snappy apa yang patut kitorang bergerak ke Sensoji Temple perlahan-lahan sambil cuci mata tengok apa yang ada di kiri kanan jalan.

Sensoji Temple.

Temple ini merupakan temple tertua di Tokyo dan dibina sekitar tahun 628 dulu! Sebelum masuk ke dalam kita akan lalu Kaminarimon Gate di mana tergantungnya giant lantern berwarna merah yang merupakan trademark di sini.

Giant lantern.