Kita sambung terus dari entri sebelumnya di SINI.
Lepas lunch, dalam keadaan kenyang perut suka hati kitorang rush semula ke kawasan belakang Langkawi Airport. Memandangkan masih ada dalam 10 minit sebelum aerobatic show sebelah petang bermula, dapatlah tawaf area terdekat sambil 'pasang antenna' perhati sana sini kot-kot ada spot lain yang lebih best lagi untuk ambik gambar.
Nearby ada a few canopy yang rasanya mungkin disediakan oleh organiser LIMA '15. Kalau setakat nak tengok air show saja memang ok sangat duduk bawah canopy ni sebab berbumbung... jadi tak perlulah berpanas berjemur bawah matahari yang terik macam kami ni. Tapi, kalau bertujuan nak ambik gambar not recommend sebab view agak limited. Alaa, 2 tahun sekali berpanas apa salahnya kann. *Ayat penyedap hati sebab akak discover lepas balik Langkawi ni tangan dah berbelang macam zebra.
Maka, kembalilah kami kami ke jalan yang benar iaitu port asal pagi tadi. Memang bermaharajalela sakan conquer spot yang terbaik sebab tak ada orang lain kat sini masa kitorang sampai. Dah beberapa minit kemudian baru 2,3 orang foreigner rasanya Japanese datang dengan kamera dan lens hebat masing-masing. Terus terasa sesungguhnya diri ini memang kecil molek balik bila melihatkan kecanggihan kamera diorang tu.
Dipendekkan cerita, dalam pukul 2.45 petang ngauman jet mula kedengaran. Nampaknya Al-Fursan dari UAE started the afternoon show. Hubs tetap petik-petik kamera walaupun banyak gambar Al-Fursan yang dia dapat ambik semalam. You can't get enough of them... gitu lebih kurang dia mengomong dalam bahasa Jawa.
Dan akak.... seperti biasa diamanahkan untuk ambil video. Ada video yang ok. Yang tak ok pun sama banyak! Mana taknya, kelibat jet cuma 2,3 kali je nampak kat frame, kemudian selebihnya cuma nampak langit dan bunyi jet berdentam dentum! Jetnya ilek. Elemen kreativiti yang hebat lagi kritis namanya tu. Naik kecut perut aku bila tengok video yang tahapahapa tu. Sakanlah convincekan hubby susah nak capture maneuver jet-jet tu laa.... silau sampai tak nampak jet bergerak hala mana laa... video cam tak user friendly laa. Hahahaha. Eh, tapi memang mencabar nak ambik shot jet yang bergerak laju ni. Dengan badan-badan akak sekali berpusing!
Dan akak.... seperti biasa diamanahkan untuk ambil video. Ada video yang ok. Yang tak ok pun sama banyak! Mana taknya, kelibat jet cuma 2,3 kali je nampak kat frame, kemudian selebihnya cuma nampak langit dan bunyi jet berdentam dentum! Jetnya ilek. Elemen kreativiti yang hebat lagi kritis namanya tu. Naik kecut perut aku bila tengok video yang tahapahapa tu. Sakanlah convincekan hubby susah nak capture maneuver jet-jet tu laa.... silau sampai tak nampak jet bergerak hala mana laa... video cam tak user friendly laa. Hahahaha. Eh, tapi memang mencabar nak ambik shot jet yang bergerak laju ni. Dengan badan-badan akak sekali berpusing!
Dipendekkan cerita (lagiii...), jom tengok gambar-gambar aerobatic performance yang sangat hebat dari Al-Fursan buat kali kedua. Rasanya kalau persembahan berpasukan, inilah performance yang best. Show dari J10 August (China) pagi tadi pun best tahap terlopong-lopong mulut dibuatnya , tapi Al Fursan ni lebih hebbbbbat lagi. Da bomb dan ada kelas yang tersendiri!
Oblique, vertical turn, displacement rolls, Split-S, spirral - segala macam maneuvers ada dalam performace Al-Fursan. I learned all the terms from hasbeng as I knew none!! Tapi, tak tahu which is which. Nak tanya banyak kali takoootttt... nampak nau ilmu baru susah nak lekat kat kepala!
Bukan calang-calang coordination dan skill yang diperlukan untuk lakukan formation sehebat ini.
The "Al Fursan" (The Knights) are the United Arab Emirates Air Force
aerobatic display team. The team flies seven Aermacchi MB-339A jet
trainer aircraft including one solo. The team has a total of ten
aircraft. The “Al Fursan” planes are painted in black, gold, white, red
and green colors and are equipped with smoke generators producing red,
green, white and black smoke (i.e. National flag colors). The main
colors of the paint scheme are black and gold representing the desert's
golden sands and the black oil that lies beneath it. - source dari Wiki.
Bersedia untuk landing.
Memang terhibur sangat dengan performance lima bintang dari Al-Fursan ni. As soon as Al-Fursan mendarat, tup-tup terdengar bunyi deruman sekuat guruh. Memang gegak gempita bunyinya. Masa yang sama juga nampak sebuah jet bergerak berdesup laju. Hubby nampak excited sangat sebab yang tengah terbang menari-nari tu salah sebuah favourite jet dia - Dassault Rafale! Eh, semua jet pun dia suka kot.
Dassault Rafale - French Air Force.
Equipped with a wide range of weapons, the Rafale is intended to perform air supremacy,interdiction, aerial reconnaissance, and nuclear strike missions. - Wiki
See, hebat tak hebatnya Rafale ni. Itu belum lagi speednya yang boleh mencecah hingga ke 1,912 kilometer sejam!
Afterburner.
Mencabar betul nak ambik video Rafale ni. Dahlah lajuuuu... belum lagi adegan belok membelok ke kiri kanan kemudian terbang tinggi-tinggi sebelum hilang di celah-celah awan. Jadi, setakat terdengar jet mengaum-ngaum garang tapi bayangnya tak dapat capture tu adalah biasa. Kot??? Ke video aku je yang asyiklah nampak langit semata-mata??
One last shot of Rafale shortly before landing by hubby.
Verdict? Phewwwwww.... 2 thumbs up! Rasanya itu dah cukup menunjukkan macam mana terkagum-kagumnya kami spectators di bawah ni. Berbaloi rasanya berjemur tengah-tengah panas. Sunburn pun sunburn lah. It was sunburn vs experience kiranya. Lepas seminggu, dua sunburn boleh hilang betul tak? Tapi, experience tak boleh ditukar ganti. *Statement motivasi untuk menaikkan semangat sendiri lepas beberapa hari berjemur bawah matahari! Balik dari Langkawi ni memang aku nampak gelap... gelita... mendung semua ada.
Lepas performance dari Rafale kitorang tertunggu-tunggu sambil pasang telinga incase ada jet lain yang buat show tapi nan hado. Maknanya, show sebelah petang ni cuma Al-Fursan dan Rafale saja sebelum LIMA '15 ditutup dengan rasminya. Ini juga bermakna, tamat sudah tugas kitorang merakamkan momen-momen indah sepanjang LIMA '15 berlangsung. Kau mampu gunakan perkataan momen-momen indah ni dalam entri pasal jet yang sepatutnya lebih ganaz??!?
Berakhirnya LIMA juga bermaksud bermulanya fasa yang lebih best - berjalan bergandingan tangan sambil bercanda di pasiran pantai Cenang (bluwekkk) dan aktiviti shop till you drop di Kuah!! I loike.
Bersambung.....
-lotsa luv-
Fayreen Mizan
sorry dear..lama tak singgah sini...jap nak baca celoteh u :-)
ReplyDeleteCeloteh Mak Jemah! :p
DeleteJM tak boleh berpanas..muka cepat surnburn..nak hilag? ambil masa 2 minggu..
ReplyDeletewowww...terpegun aerobatic show ni...nasib baik lah Fay share dalam blog boleh tgk....nak pegi tgk live...hrummm
setiap kali ada LIMA je mmg x pernah nk ambil endah maybe x minat
kalau lah ada gambar pilot mesti terpegun dgn kemahiran mengendalikan air-force tu