Kita sambung terus dari entri sebelumnya di SINI.
Lepas lunch, dalam keadaan kenyang perut suka hati kitorang rush semula ke kawasan belakang Langkawi Airport. Memandangkan masih ada dalam 10 minit sebelum aerobatic show sebelah petang bermula, dapatlah tawaf area terdekat sambil 'pasang antenna' perhati sana sini kot-kot ada spot lain yang lebih best lagi untuk ambik gambar.
Nearby ada a few canopy yang rasanya mungkin disediakan oleh organiser LIMA '15. Kalau setakat nak tengok air show saja memang ok sangat duduk bawah canopy ni sebab berbumbung... jadi tak perlulah berpanas berjemur bawah matahari yang terik macam kami ni. Tapi, kalau bertujuan nak ambik gambar not recommend sebab view agak limited. Alaa, 2 tahun sekali berpanas apa salahnya kann. *Ayat penyedap hati sebab akak discover lepas balik Langkawi ni tangan dah berbelang macam zebra.
Maka, kembalilah kami kami ke jalan yang benar iaitu port asal pagi tadi. Memang bermaharajalela sakan conquer spot yang terbaik sebab tak ada orang lain kat sini masa kitorang sampai. Dah beberapa minit kemudian baru 2,3 orang foreigner rasanya Japanese datang dengan kamera dan lens hebat masing-masing. Terus terasa sesungguhnya diri ini memang kecil molek balik bila melihatkan kecanggihan kamera diorang tu.
Dipendekkan cerita, dalam pukul 2.45 petang ngauman jet mula kedengaran. Nampaknya Al-Fursan dari UAE started the afternoon show. Hubs tetap petik-petik kamera walaupun banyak gambar Al-Fursan yang dia dapat ambik semalam. You can't get enough of them... gitu lebih kurang dia mengomong dalam bahasa Jawa.
Dan akak.... seperti biasa diamanahkan untuk ambil video. Ada video yang ok. Yang tak ok pun sama banyak! Mana taknya, kelibat jet cuma 2,3 kali je nampak kat frame, kemudian selebihnya cuma nampak langit dan bunyi jet berdentam dentum! Jetnya ilek. Elemen kreativiti yang hebat lagi kritis namanya tu. Naik kecut perut aku bila tengok video yang tahapahapa tu. Sakanlah convincekan hubby susah nak capture maneuver jet-jet tu laa.... silau sampai tak nampak jet bergerak hala mana laa... video cam tak user friendly laa. Hahahaha. Eh, tapi memang mencabar nak ambik shot jet yang bergerak laju ni. Dengan badan-badan akak sekali berpusing!

Dipendekkan cerita (lagiii...), jom tengok gambar-gambar aerobatic performance yang sangat hebat dari Al-Fursan buat kali kedua. Rasanya kalau persembahan berpasukan, inilah performance yang best. Show dari J10 August (China) pagi tadi pun best tahap terlopong-lopong mulut dibuatnya , tapi Al Fursan ni lebih hebbbbbat lagi. Da bomb dan ada kelas yang tersendiri!
Oblique, vertical turn, displacement rolls, Split-S, spirral - segala macam maneuvers ada dalam performace Al-Fursan. I learned all the terms from hasbeng as I knew none!! Tapi, tak tahu which is which. Nak tanya banyak kali takoootttt... nampak nau ilmu baru susah nak lekat kat kepala!