Thursday, 21 May 2015

Healthy Diet Katanya - Sisters Crispy Popiah.

Assalamualaikum,

Popiah ranggup yang krap krup... krap krup bila dikunyah dan berintikan chicken ham bersama sayur-sayuran segar yang lazat, berkhasiat dan menyihatkan, anyone??? Erk... carrot, timun, taugeh dan sengkuang tu dalam kategori sayur-sayuran ke caner? Sayurlaa, kan?

One fine day haritu, lepas selesai semua urusan Seri Paduka Baginda sementara menunggu waktu untuk dating dengan Mr. Hubs, akak berjalan-jalan cuci mata dulu kat Sogo. Dari tingkat 1 sampailah ke Food Court tu abis aku pusing. Memang melawat kawasan sungguh!

Bila dah nampak kiosk-kiosk jual makanan perut ni pun apa lagi. Riang-ria lah dia berkeroncong. Tekak ni pun sama naik... mulalah ngada-ngada nak makan macam-macam. Itu nak... ini nak. Nampak sizzling noodle terliur... popiah pun teringin... yong tau foo nak... even tengok lauk-lauk nasi campur pun rasa macam menitik-nitik ailio. Menyampah... malas aku nak layan! Seksa hokeh berada dalam situasi ni. *Padan muka haku!!

Setelah ditimbal balik, I opted for popiah. Konon-kononnya setakat nak alas perut sementara nak tunggu hubs sampai.... tapiii dah kau beli 2 rolls terus, alas perut apa namanya tu Fay oii??! 


Crispy popiah with chicken ham and cheese.

Sedap memang sedap... sebab tu satu roll tu cepat je habis kot! Tapi, kalaulah cheesenya lebih banyak mesti bertambah-tambah lagi rasa yummehnya.

optional chicken ham, cheese, crabsticks or prawns fillings. - See more at: http://www.jomjalan.com/listings/sisters-crispy-popiah/#sthash.aYft
optional chicken ham, cheese, crabsticks or prawns fillings. - See more at: ht
Selection fillings lain yang ada - crabstick dan udang.

Itulah dia bendanya yang membuatkan popiah ni sangat krispy. Tetap krap krup bila digigit walaupun setiap satu roll dah dicampur sos siap-siap.

Satu roll pun dah mengenyangkan sebab saiznya besar. Tapi, syyhhh... akak haritu dahlah satu roll terus licin... boleh bedal pulak satu slice lagi dari roll kedua yang kononnya akak ketepikan untuk suami. Akhirnya, cuma balance 4 slice je yang akak tinggalkan. Itupun sebab dah kekenyangan... kalau tidak harus semuanya licin masuk perut. Bab makan memang lupa orang tersayang. Bila dah kenyang... dah rasa mengah baru teringat...eh aku ada suami rupa-rupanya... tu yang tinggalkan juga makanan tu!! Bhahaha...

Sekiranya dah bosan makan nasi dan teringin pulak bertukar selera pada snek yang mengenyangkan, apa kata give Sisters Crispy Popiah a try? 



-lotsa luv-
Fayreen Mizan

3 comments: