Pejam celik, pejam celik... beberapa jam saja lagi 2014 bakal meninggalkan kita dan berlalu pergi dengan membawa bersama bermacam-macam peristiwa pahit manis yang berlaku sepanjang tahun ni.
Life is about journey. Adatlah sepanjang perjalanan meyusuri kehidupan
berbagai-bagai cabaran perlu kita tempohi selagi belum sampai ke titik
akhir hidup. Ada yang berjaya mencapai macam-macam kejayaan tahun ni. Tak kurang juga yang berjaya penuhi setiap azam 2014, ada yang separuh jalan. Tapi lebih ramai lagi cuma pandai berazam tapi semangat untuk mencapai aim cuma hangat-hangat tahik ayam beberapa bulan pertama 2014 dulu je.
Janganlah rasa down dan putus harapan sekiranya azam tak kesampaian. Mungkin target kita tu tak realistik atau kita tak cukup berusaha. Mungkin juga apa yang kita impikan mengambil masa lebih dari setahun untuk dicapai... atau mungkin tidak diizinkan olehNya kerana itu bukanlah perkara yang terbaik untuk kita. Di sebalik setiap yang berlaku tu sebenarnya tersembunyi ruang untuk
kita analisa semula kelemahan yang ada, muhasabah diri dan perbaiki
setiap ruang yang lompong.
Pengakhiran 2014 pun nampaknya suram dan penuh dengan peristiwa yang menyedihkan terutama sekali di rantau sebelah sini - banjir yang extreme di Pantai Timur dan akhir sekali the recent Air Asia QZ8501 tragedy.
Bukankah kita sepatutnya bersatu mencari penyelesaian terbaik bila ditimpa musibah. Tapi apa yang berlaku amat menyedihkan macam kejadian banjir di Pantai Timur tu. Kadang-kadang rasa bosan bila baca komen-komen bijak pandai yang menghentam dan tak henti-henti cari silap orang lain. Kalau pandai menghentam, kenalah pandai juga berikan idea-idea bernas untuk selesaikan masalah. Jangan pong pang, pong pang tapi habuk pun tarak. Janganlah tambahkan lagi bilangan tong kosong yang dah sedia ada!
Semoga banjir di Pantai Timur surut dengan segera . Kalau tak dapat ke sana kita bantulah mereka dengan cara lain. Kat KL ni, banyak collection centre dibuka untuk mengumpul barang-barang yang boleh diagih-agihkan kepada mangsa-mangsa banjir. Atau sekurang-kurangnya kita doakan mereka. Itu lebih baik dari bising-bising tak tentu pasal.
Obviously 2014 was the worst year for aviation industry, particularly in South East Asia. Tapi apa yang berlaku mungkin tak membantutkan minat kaki travel untuk ke sana sini bagi menyingkap rahsia alam dan menikmati keindahan ciptaan Tuhan. Bagi aku, no overseas trip kot tahun 2015 ni nanti sebab nak beli rumah lagi kann. Mungkin budget sedikit tight 3,4 bulan pertama nanti jadi kitorang kenalah restructure budget betul-betul supaya tak sakit perut nanti.
Apa-apapun semoga 2015 menjadi tahun yang lebih baik untuk semua. Semoga kita lebih matang, tabah, dan sentiasa cekal menghadapi cabaran mendatang yang pastinya lebih hebat lagi.
Sayonara 2014! Welcome 2015......
-lotsa luv-
Fayreen Mizan
sayonara 2014, semoga tahun depan lagi baik dari tahun ini. Insyaallah
ReplyDeleteselamat tahun baru Fay..x per..no overseas trip tu..utamakan yg penting dahulu..trip tu anytime pun boleh :-)
ReplyDelete