Thursday, 4 December 2014

PENING BERHADAPAN DENGAN AGEN HARTANAH DAN OWNER YANG TAHU NAK UNTUNG SAJA!

Assalamualaikum,

Ya Allah! Bersawang dah blog ni! Seminggu kot aku tak menyinggah kat sini. Hari tu masuk sekejap untuk approve komen je. Tu pun komen-komen tu tak bereply lagi. Eishhhh.... PR aku teruk sangat ni! Promise... promise... akan improvekan kelemahan dan kelemauan itu dari semasa ke semasa. :p

Musim cuti sekolah ni hari tu bawak budak bercuti nun ke utara. Tapi, orang bercuti berminggu-minggu ok je... boleh je update blog from time to time. Haku??? Entah apa yang aku sibukkan aku pun tak tahu! Konon-kononnya bonding time dengan family tanpa gangguan apa-apa laa gitu....

Sejujurnya aku dengan hasben tengah sibuk mencari satu lagi unit rumah baru sebelum harga rumah melambung ke tahap yang tak boleh diterima akal. Ini pun nak terberry rasanya tengok harga rumah yang agent offer kat kitorang.

Sekali tu this one agent bawak viewing rumah yang kononnya sangat berbaloi untuk future investment. Sekali sampai kat rumah yang dituju... hambikkkk! Aku terpaksa control diri supaya tetap tersenyum ayu demi mengekalkan keremajaan wajah walaupun kalau diikutkan hati laju je nak baling sandal yang aku pakai kat muka agent tu.

Rumah sangat-sangat scary hokeh. Dengan reban ayamnya... zink yang berkarat-karat penuh kat keliling rumah gantikan pagar lagi. Aku konpius kejap masa tu. Ini rumah ke pusat tahanan??? Beria-ia si agent yakinkan kitorang untuk ambik rumah tu. "Cuma tambah at least RM200K to renovate. Lepas tu this house cantik sangat. You mesti suka..." At least RM200K??? Dahlah harga yang nak dijual tu mahal nak mampuih. With the price kitorang dah tak nak keluarkan duit untuk renovate lagi daah. Not worth it. *Nehiii sambil tunjukkan kuku yang dah setajam kuku harimau kat agent tu...

Next viewing - rumah double storey yang sebenarnya dari awal kitorang dah beritahu not within our spec sebab kecik. Tapi the agent insisted.... "tengok dulu, rumah cantik dah siap renovate. Lagipun kecik by 2 kaki je". Degil nau uncle agent ni tau. Fine. Kitorang pun pergilah tengok rumah yang dimaksudkan. Memang cantik walaupun sampai ke hari ni aku tak paham kenapa tuan rumah pilih kombinasi warna maroon + hijau untuk cat dinding!?? Tapi, deep down aku berkata-kata taklah sekecik mana rumah ni. Kalau tukar kaler cat ke warna yang lebih cerah sure rumah ni nampak lebih luas. Kiranya aku dah 40% terpukau lah masa tu. 

Bila naik ke tingkat atas... woahhh. Dari 40% terus naik ke 80% bila tengok ada bath tub dalam toilet! Fefeling bilik mandi rumah sendiri macam toilet hotel 5 bintang activated! Booking pun belum, apa pun tak aku dah terus berangan nak decorate bathroom ni nanti! Kau mampu hilang kawalan diri semata-mata kerana bath tub! Dah kenapaaa??? Dapur pun quite ok dah siap dengan kabinet semua. Cuma tuan rumah letakkan meja makan yang besar so ruang tu nampak sempit sikit. Nasib baik dapur tak cat kaler maroon juga! Eh lupa. Handle tangga pun warna maroon, grill pun maroon... nasib baiklah gate warna hitam + gold. Ada buaian kat bawah porch... pun warna maroon!! Hahaha.

Overall, condition ok. Taklah 100% tip-top. Tapi bolehlah kalau nak terus duduk lepas beli. Kira dah tak payah nak buat apa-apa renovation lagi dah. Sebelum bersetuju untuk purchase, berkali-kali juga hasben aku tanya harga yang diorang offer ni adakah ikut current value atau macam mana. Both the agent and owner assured us diorang ikut market value. By right, memang tak akan ada problem bila nak apply bank loan nanti. Akhirnya, kitorang bersetuju untuk beli rumah ni dan bayar booking fees esoknya.

2 hari kemudian, bila dah dapat semua dokumen yang berkaitan hasben aku check value rumah tu dengan valuer bank dia sebelum proceed dengan loan submission. Surprisingly, harga yang diorang nak jual pada kami 100 ribu ringgit lebih tinggi dari harga pasaran setelah mengambil kira keluasan, lokasi rumah dan kos renovation! Bermakna, kalau kami nak beli juga kitorang kena tambah RM 100K tu guna duit sendiri. Tak tau nak pecahkan tabung mana dah ni. Dah ambik kira simpanan dalam tabung ayam, tabung itik semua memang tak cukup nak top-up cash sebanyak tu. Tabung vavi je tak ada. Kalau ada pun tetap tak boleh cover. Gila ke. RM 100K tu bukannya sikit!

Bila Mr. Hasben beritahu tentang discrepency harga ni, uncle agent suruh apply loan dari Bank XXX dan liaise dengan officer bernama sekian-sekian. Officer ni boleh adjust loan up to RM *80K mengikut harga rumah yang owner nak jual! Erkkk?? Thanks but no thanks. Lagipun, secara logiknya bila kita dah tau harga sesuatu aset tu lebih rendah, takkan lah bijak nau sesaja cari penyakit bayar dengan harga lebih mahal kannn? Kalau setakat RM 10K bolehlah jugak tutup mata... ini RM 100K ya! Kalau dijual ikut harga pasaran pun sebenarnya owner tu tetap untung beratus ribu hengget. Anyway, Alhamdulilah kami dapat semula cheque untuk booking fees tu dengan mudah sebab uncle agent pun aware harga yang dia beritahu tak sama dengan nilai semasa. Berlaku misrepresentation di situ so dia tak bolehlah pandai-pandai burnkan duit tu.

Memang betul-betul mencabar dan kena banyak sabar bila house hunting ni. Bukan saja condition rumah, nak kena bijak berdepan dengan manipulasi harga oleh agent dan owner juga. Itu belum lagi berdepan dengan agent yang buat kerja tak ikut code of conduct seorang agen hartanah macam yang kitorang faced bulan lepas. Tu aku cerita nanti sebab mood tengah baik sekarang ni so aku malas nak musnahkan mood dan emo-emo sangat bila mengenangkan cik puan agent yang sorang tu.

Cuma apa yang nak aku sampaikan di sini, betapa peritnya nak beli rumah sekarang. Selain harga yang sekali dengar terbeliak bijik mata dibuatnya, sebagai pembeli untuk rumah sub sale kita juga terpaksa berdepan dengan mainan agent dan penjual. Sebab itulah kami suami isteri dah sepakat nak beli rumah yang baru direct dari developer saja. Malas dah nak berdepan dengan tipu muslihat agent dan penjual yang tamak.

Aku percaya apa yang berlaku sekarang ada hikmahnya. Tuhan lindungi kami suami isteri dari menjadi mangsa manipulasi orang yang hanya pentingkan keuntungan. Kami juga percaya, InsyaAllah kami akan mendapat aset yang terbaik sesuai dengan setiap sen yang dilaburkan. Apa-apapun buruan tetap diteruskan. Dah tahap menggempur dah ni! Hahaha.



-lotsa luv-
Fayreen Mizan



3 comments:

  1. developer dear? agent dengan penjual ni memang ada macam-macam jenis, kena hati-hati...

    ReplyDelete
  2. Org mcm ni mmg kena hati2... klu boleh mmg tak payag berurusanlah.. nanti kita bukan sahaja pening, malah rugi & rugi... kaki putar jugak biasanya hhmmm...

    ReplyDelete
  3. Ejen mcm ni dia xbuat homework (eg tanye bank) dulu brape market price aset tu just ikut cakap owner rumah je.bahaya jugak kalau potential customer tak tau market value kan.kalau xdapat balik deposit tu naya je

    ReplyDelete