Showing posts with label Makanan. Show all posts
Showing posts with label Makanan. Show all posts

Monday, 15 June 2015

Aneka Makanan Yang Menggoda - Edisi Khas Sebelum Ramadhan!

Assalamualaikum,

Aneka Makanan Yang Menggoda - Edisi Khas Sebelum Ramadhan! Sebelum tu kena bubuh disclaimer dulu. Note : Gambar-gambar memang tak sesuai untuk tontonan umum di bulan puasa kerana boleh mendatangkan tahap terliur yang maksimum impaknya. Incase you happened to bump into this entry during the fasting month - mahapkan saya yeeee....!

Sebenarnya gambar-gambar ni ada dalam handphone. Tu yang tepek kat entri ni sebab time puasa nanti tak moh daah tengok apa-apa gambar makanan... tak moh laa scroll, scroll tup-tut terpandang dan saling berpandangan dengan gambo makanan. No.. no.. noooo. Jadi, semua gambar berkenaan harus dinyahkan sebelum puasa with immediate effect!

Maka, tanpa berlengah-lengah lagi jomlaa biarkan makanan-makanan yang seksi-meksi rupa parasnya ini berbicara.

Sotong Masak Merah yang fresh dan superb lazatnya. I had this kat Cherating masa pergi bercuti baru-baru ni. Nampak telur kat tengah-tengah tu? Mamamia hokey! Dannnn... seko sotong yang besar ini tuan blog berjaya habiskan seorang diri!! 

Ketam Masak Lemak - masih lagi di kedai yang sama.

Hah... hambikkk! Hubs had this. Punyalah besar sampai terkeluar-keluar sepit tu dari pinggan! Menjejes-jejes ailio dengar krap krup.. krap krup hubby meratah ketam depan mata. Nak makan tak berani sebab aku ni  tak boleh makan ketam. Silap-silap habis satu badan naik gatal-gatal nanti. Tapi, tekak memang teringin sangat nak merasa. Kata hubs ketam tu sedapp gilerrrr.... fresh dan manis. Tapi, apakan daya, akak cuma mampu terkulat-kulat tengok sambil bertabah dalam hati.