Aneka Makanan Yang Menggoda - Edisi Khas Sebelum Ramadhan! Sebelum tu kena bubuh disclaimer dulu. Note : Gambar-gambar memang tak sesuai untuk tontonan umum di bulan
puasa kerana boleh mendatangkan tahap terliur yang maksimum impaknya. Incase you happened to bump into this entry during the fasting month - mahapkan saya yeeee....!
Sebenarnya gambar-gambar ni ada dalam handphone. Tu yang tepek kat entri ni sebab time puasa nanti tak moh daah tengok apa-apa gambar makanan... tak moh laa scroll, scroll tup-tut terpandang dan saling berpandangan dengan gambo makanan. No.. no.. noooo. Jadi, semua gambar berkenaan harus dinyahkan sebelum puasa with immediate effect!
Maka, tanpa berlengah-lengah lagi jomlaa biarkan makanan-makanan yang seksi-meksi rupa parasnya ini berbicara.
Sebenarnya gambar-gambar ni ada dalam handphone. Tu yang tepek kat entri ni sebab time puasa nanti tak moh daah tengok apa-apa gambar makanan... tak moh laa scroll, scroll tup-tut terpandang dan saling berpandangan dengan gambo makanan. No.. no.. noooo. Jadi, semua gambar berkenaan harus dinyahkan sebelum puasa with immediate effect!
Maka, tanpa berlengah-lengah lagi jomlaa biarkan makanan-makanan yang seksi-meksi rupa parasnya ini berbicara.

Sotong Masak Merah yang fresh dan superb lazatnya. I had this kat Cherating masa pergi bercuti baru-baru ni. Nampak telur kat tengah-tengah tu? Mamamia hokey! Dannnn... seko sotong yang besar ini tuan blog berjaya habiskan seorang diri!!

Ketam Masak Lemak - masih lagi di kedai yang sama.

Hah... hambikkk! Hubs had this. Punyalah besar sampai terkeluar-keluar sepit tu dari pinggan! Menjejes-jejes ailio dengar krap krup.. krap krup hubby meratah ketam depan mata. Nak makan tak berani sebab aku ni tak boleh makan ketam. Silap-silap habis satu badan naik gatal-gatal nanti. Tapi, tekak memang teringin sangat nak merasa. Kata hubs ketam tu sedapp gilerrrr.... fresh dan manis. Tapi, apakan daya, akak cuma mampu terkulat-kulat tengok sambil bertabah dalam hati.

Dek kerana mengikutkan kata perut, maka dari Cherating kami berdesup ke Kuala Kemaman demi mencari satar ini. Isi ikannya padat.... sedappppp! Harganya pun cuma RM5 saja sebatang (10 pcs).

Selepas 5 minit... licinnnnn! Kalaulah daunnya boleh dimakan inipun licin kot.

Ikan Pari Bakar Bersambal. Inipun kat Cherating. Dap... dappp.

Sotong Goreng Tepung yang ranggup kulitnya tapi lembut isinya. Terpejam-pejam makan sambil menikmati rasanya yang juicy. Venue : Restoran Tasik Idaman, Bangi.

Pulut Mangga yang lemak manis hasil buruan di Kampung Baru. Dah tengah malam pun tapi kami gigihkan diri memenuhi hajat di hati. Ya ampun, mangga tu sedapppppp sangat!

Mengembek kekenyangan akibat penangan Kabsah Lamb yang sooooooo sedap ini. Venue : Half Moon, Seri Kembangan.

Beberapa hari lepas kejadian di atas. Nasi Arab lagiiii... tapi kali ni ayam pulak. Pun sedappppppp! Venue : Half Moon Restoran, Sri Kembangan.

Mee Kungfu. Asyik melantak makanan yang heavy so tiba-tiba rasa bersalah dengan diri sendiri. Tu yang muncul keinsafan untuk makan yang 'ringan' sikit kononnya!

Nasi Ayam Penyet. Serious sedap ya Nasi Ayam Penyet kat Cafe HQ KWSP (Jalan Raja Laut) ni! Memang rekomen untuk lunch. Sambal tu sesedap rasa - tak terlalu pedas, tak juga mild.. tak terlalu manis dan tak juga terlalu masam. Just nice. Ayam pun sedap! Harga pun berpatutan... tak sampai RM10 rasanya ni.

Daging Masak Merah. Nyum... nyummm... nyummm.
Tapiii, dalam banyak-banyak makanan inilah yang win sekali.....

Telur Goreng masakan sendiri, apatah lagi digoreng dengan penuh kasih sayang. Eh, akak tak guna planta... tapi guna butter sejak duluuuuu lagi. Lalalala.
-lotsa luv-
Fayreen Mizan
Nasib baik lah baca sblm puasa, mmg merembes air liur, rasa nk jilat screen ni ishhh mencik!!!
ReplyDeleteHahaha JM. :p
Deletewaw,,,makanan nya bikin ngiler aja,,ajdi alpar lagi setelah baca artikel ini...terimaksih,,,
ReplyDeleteSilakannn... ;)
Delete