Showing posts with label Avani Sepang Goldcoast Resort. Show all posts
Showing posts with label Avani Sepang Goldcoast Resort. Show all posts

Tuesday, 18 March 2014

AVANI SEPANG GOLDCOAST ESCAPADE - PART 2

Assalamualaikum,

Ini adalah entri tertunggak sambungan dari (klik link) ---> Avani Sepang Goldcoast Escapade - Part 1. Dalam entri ni aku akan share gambar-gambar yang diambil pada waktu malam, aktiviti-aktiviti dan kemudahan makan-makan (bab makan-makan ni memang penting... haha) yang disediakan kepada guests. 

Seriously, Avani Sepang Goldcoast ni memang lebih cantikkkk dan hidup di waktu malam. So, kita cuci mata dengan gambar-gambar sambil bercerita ya... 


Main lobby dari luar...



Decoration di bahagian reception...



Selain dari bumbung bilik, daun Alang-Alang yang banyak terdapat di Kepulauan Bali ini juga digunakan di lobby.


Masih lagi di lobby - konsep yang simple dan santai...



Di bahagian luar lobby menghala ke resort sementara menunggu buggy... 

Bagi yang malas nak menunggu buggy, boleh gunakan option lain yang ada iaitu basikal! Korang boleh berbasikal di sekeliling kawasan resort dengan basikal yang disediakan foc untuk guest. Ada tempat khas untuk ambil dan letakkan semula basikal yang dipinjam ni... jangan simpan dalam bilik pulak ya!

Mereka yang tinggal di Travelers Palm Villa boleh juga berjalan kaki saja ke bilik masing-masing sebab jarak antara bilik dengan lobby sangat dekat. 






Clubhouse @ Poolside

Ada sebuah bar yang dinamakan Buloh Bar berhampiran poolside ni. Masa aku stay tu ada Arabian themed performance siap dengan belly dancing lagi kat sini... aku tengok celah-celah jari je dari jauh! Haha... 

Di kawasan yang sama, bersebelahan Buloh Bar terletak Bila-Bila restaurant (halal) yang dibuka 24 jam. Boleh ke sini untuk breakfast, lunch atau dinner. 

Bila-Bila :
Breakfast   : 6.30 am - 10.30 am
Snacks      : 11.00 am - 12 tengahari ; 3.00 pm - 5.30 pm
Lunch        : 12 tengahari - 2.30 pm
Dinner       : 6.00 pm - 10.30 pm
A la carte  : 11.00 am - 11.00 pm
Nighttime menu : 11.00 pm - 11.00 am  

Restauran/ cafe lain yang ada di sini termasuk Sepoi-Sepoi yang menyediakan Malaysian- Chinese menu. Cafe ini terletak di luar kawasan bangunan utama sebelum tiba ke lobi. 

Sepoi-Sepoi :
Isnin - Jumaat : dari jam 10.00 pagi - 10.30 malam
Sabtu, Ahad dan Cuti Am : dari pukul 9.00 pagi - 10.30 malam

Terletak di luar dan agak terpisah dari kawasan utama resort juga terdapat dua buah restoran lain iaitu Stimbot dan Perahu. Kita boleh naik buggy untuk pergi ke dua-dua buah restoran yang terletak bersebelahan ini. Perlu buat reservation terlebih dahulu kerana Perahu contohnya akan ditutup kepada pengunjung bila ada private function.

Perahu ni memang personal favourite aku. Ada ikan, lobster, sotong, ketam dan seafood fresh yang lain juga. Kita boleh pilih sendiri makanan yang kita hendak. Kalau tak tau masakan apa yang sesuai... dun worry... chef yang ada akan advise pilihan masakan yang sesuai! 

Stimbot & Perahu :
Isnin - Jumaat : dari jam 6.00 petang - 10.30 malam 
Sabtu, Ahad dan Cuti Am  : dari jam 12 tengahari - 10.30 malam.

Selain daripada cafe/ restauran yang aku senaraikan di atas, korang boleh juga makan di restoran-restoran seafood yang banyak terdapat di sepanjang pantai Bagan Lalang ni... yang paling best ialah Restoran Terapung HM Sri Bagan... ni ikut tekak aku ya! :) 


Infinity pool di waktu malam...

Nun di sebelah sana pool tu, di trunk 5 ada sebuah gym yang dibuka dari pukul 7.00 pagi hingga 10.00 malam. Fitness centre ni juga foc kepada in-house guest. Sekiranya hendak gunakan facilities di gym, kita perlu minta access dengan lifeguard on duty di kawasan pool terlebih dahulu kerana pintu gym ini sentiasa berkunci. Sports attire and sports shoes are compulsory here... jadi pastikan korang pakai pakaian sukan yang sesuai. 

Di sini juga ada sebuah spa yang terletak di tingkat atas Club House dan dibuka dari jam 10.00 pagi - 10.00 malam. Mereka yang berminat perlu membuat advance reservation di ext. 1671/ 3670 terlebih dahulu. 


Aktiviti-aktiviti lain yang kita boleh lakukan di sini termasuklah aktiviti sukan air - sailing, canoeing serta windsurfing. Walau bagaimanapun, semua aktiviti berasaskan air ini bergantung kepada tiupan angin dan paras air pasang/ surut.

Selain berbasikal di dalam kawasan resort, kita juga boleh sertai aktiviti bicycle tour di luar kawasan resort. Ada dua sesi disediakan - beginner session setiap 30 minit di antara pukul 9.30 pagi - 11.30 pagi dan setiap 60 minit di antara jam 2.00 petang - 5.00 petang untuk advance level. Jumlah maksima peserta setiap sesi adalah seramai dua belas orang dengan diiringi oleh dua orang marshal. Bicycle tour ni aku tak sure sama ada free atau tidak. Sekiranya korang berminat, boleh refer details pada receptionist bila check-in nanti. Apa yang pasti, aktiviti-aktiviti seperti water sports dan beach sports adalah percuma.

Aktiviti lain yang ada dan boleh dicuba adalah ATV, go-kart dan paintball.... semua aktiviti ni tak termasuk dalam package hotel dan kita perlu bayar berasingan.

Pihak hotel juga boleh uruskan trip setengah hari atau satu hari penuh ke beberapa destinasi menarik berhampiran, antaranya Mangrove River Cruise (yang ni memang bestttt.... aku pernah dua kali terlibat dengan mangrove river cruise ni), F1 Sepang International Circuit, Banghuris Agro serta trip ke Putrajaya. 







Sebelum check-out... masa ni tengahari dan air dah surut...

Aku banyak terbaca review yang mengeluh kerana air laut di sini keruh dan tidak crystal clear seperti yang mereka harapkan. Kita kena lihat geografi sesuatu tempat tu terlebih dahulu. Avani Sepang Goldcoast ni terletak berhampiran kawasan paya bakau dan bukannya di sebuah pulau di tengah laut seperti Maldives. Secara teorinya kita sedia maklum perbezaan air laut dan pantainya... kaan? 

Dengan rate yang agak 'boleh tahan mahal' adakah berbaloi untuk stay di sini? Jawapan sebenarnya bergantung pada perspektif masing-masing. Secara peribadi, aku rasa nilai yang dibayar tu amat setanding dengan bilik yang sangat selesa serta segala macam facility dan tip top service yang disediakan!


Pose terakhir di Avani Sepang Goldcoast...

Ok... itu serba sedikit experience stay di sini yang dapat aku share untuk dijadikan guide. Sekiranya ada yang berminat boleh check rate yang ditawarkan di webpage Avani sendiri atau boleh juga survey harga di Agoda dan Booking.com.

Avani Sepang Goldcoast
No. 67 Jalan Pantai Bagan Lalang
43950 Sepang
Tel :  60331823600
Fax : 60331823700
Email : sepang@avanihotels.com
Website : www.avanihotels.com


Aku tau ramai yang manja kat luar tu... so ni aku tepekkan map untuk kali kedua.... :)

Before we say good bye, aku nak share beberapa keping gambar yang diambil masa kami dinner di Perahu Restaurant beberapa minggu sebelum kami bercadang untuk stay di Avani Sepang ni.




motip?? hahah....




-lotsa luv-
Fayreen Mizan

Tuesday, 4 March 2014

AVANI SEPANG GOLDCOAST ESCAPADE - PART 1

Assalamualaikum,

Apa kata kita lari sebentar dari hiruk-piruk kota dan luangkan quality time bersama keluarga di Golden Palm Tree Resorts, Sepang (sekarang dikenali sebagai Avani Sepang Goldcoast Resort). Resort bertaraf lima bintang ini terletak di Pantai Bagan Lalang, Sepang... tidak jauh dari Kuala Lumpur, hanya 85 minit perjalanan saja, 64 minit dari Putrajaya dan cuma 45 minit dari KLIA. Ia direka seperti bentuk pokok palma sepanjang 1.2km di atas air. Setiap branch ada beberapa jenis villa yang berbeza. Resort ini juga pernah mendapat pengiktirafan sebagai 'The Longest Coastal Paradise In Asia'. 

Ok, mari aku share experience aku dan hasben sepanjang kami stay di sini tidak berapa lama dulu.


** Google pic


Tidak susah sebenarnya untuk drive ke sini. Bagi yang tidak familiar dengan kawasan ni, boleh refer pada map di bawah .


Map ke Avani Sepang Goldcoast, Bagan Lalang

Untuk pengetahuan semua, guests hanya boleh mengambil dan menurunkan penumpang di lobi dan tidak dibenarkan parking kereta di sini.. sebuah kawasan parking khas disediakan hampir 500 meter dari lobi. Dengarnya macam jauh kaan...tapi jangan risau kerana shuttle service disediakan dari tempat parking hingga ke lobi.


Check in time di sini adalah pada pukul 3 petang ke atas... boleh juga request untuk check in lebih awal tapi seperti mana-mana hotel juga, semua ni tertakluk pada availability bilik tempahan kita.


Buggy adalah kenderaan utama kami sepanjang dua hari di sini kerana villa yang kitorang stay tu letaknya agak jauh dari lobi. Servis driver buggy masa kitorang baru check-in tu sangat tip top... bukan setakat bawa kitorang betul-betul di hadapan villa... dialah juga yang tolong bawakan segala macam bag yang kami angkut bersama... onkan dan make sure semua air cond dalam bilik berfungsi dengan baik dan tunjukkan cara untuk gunakan interactive tv yang ada.



Ours.... Room 403.



** Google pic

Kami stay di Canary Palm Villa yang berkeluasan 82 sqm. Villa ini mempunyai dua buah bilik dan boleh memuatkan seramai empat orang dewasa atau dua orang dewasa dan dua orang kanak-kanak. Katil di bilik pertama bersaiz king, manakala twin bed di bilik yang kedua. Setiap bilik ada pintu macam dalam gambar kat atas tu yang boleh ditarik serta dikunci. 

Satu lagi plus factor, setiap bilik juga ada private bathroom dan balkoni sendiri! So kalau dua family stay dalam satu villa, masih lagi ada privacy masing-masing.


Walaupun datang cuma berdua saja, kitorang utilise kedua-dua bilik ni... a few hours kami stay di bilik A.... a few hours pulak lepak kat bilik B! Kesimpulan yang boleh aku buat, setiap sebuah bilik memang selesa dan cukup luas walaupun dalam keadaan pintu ditutup. 


Di sini juga ada sebuah ruang tamu  bersaiz sederhana yang lengkap dengan sebuah meja kerja.


The flat screen TV welcomed my hubby... ooppsss...by his father's name but it didn't matter! :)

TV ini dilengkapkan dengan interactive system termasuk pilihan muzik, senarai serta kemudahan untuk membuat tempahan aktiviti-aktiviti air yang ada, room service facility - senarai menu serta reservation (24 hour in room dining), satellite tv- cable movie channels dan video on demand.

Selain daripada air condition - ni memang facility wajib.... kemudahan lain yang ada termasuklah high speed broadband internet (wired & wireless) secara percuma, mini bar, tea & cofee making facilities, bathrobes, sofa bed, safe deposit box, serta telefon dengan kemudahan IDD dan voice mail. Pendek kata semuanya lengkap di sini. Oppsss...lupaaa... payung juga disediakan di setiap bilik untuk memayungi puteri-puteri lilin yang hendak bersiar-siar di sekitar kawasan hotel. Di sini memang agak panas sebab terletak di tengah-tengah laut... tapi macam tak berapa kewl laa nak berpayung-payung sakan kann...



Bumbung di setiap villa menggunakan daun Alang-Alang yang mengeluarkan bau yang agak harum.


Walaupun kebanyakan villa terletak di tengah-tengah laut, korang jangan buat hal! Jangan lupa turunkan blinds kat tingkap tu waktu mandi! Haha...


Bilik mandi yang lebih kecil ini terletak dalam bilik kedua. Hairdryer serta amneties yang lengkap disediakan di kedua-dua buah bilik mandi.


View dari bilik kami...



Setiap villa mempunyai balkoni yang menghadap laut.



Ada dua buah balkoni di Canary Palm Villa.



Canary Palm Villa.





Travelers Palm Villa  (tingkat bawah) dan di tingkas atas....tingkas tu apa...tingkat laa...haha... tu dipanggil Premiere Travelers Palm Villa.

Ada lima jenis villa di sini - Travelers Palm Villa dan Travelers Premiere Palm Villa berkeluasan 52sqm dan mempunyai sebuah bilik di dalamnya, Canary Palm Villa... dua bilik dengan keluasan 82sqm, Ivory Palm Villa pula mempunyai 2 buah bilik yang berasingan dan boleh memuatkan seramai lima orang dewasa. Villa ini merupakan pemenang Best Interior Award dari CNBC. Royale Palm Villa pula terletak di bahagian paling hujung sekali dan merupakan villa yang paling mahal. Ada kalanya rate sehari di sini mencecah sehingga RM2,7400 (without breakfast)! Berpeluh aku dengar rate villa ni! Haha...Ada tiga bilik di sini dan luas keseluruhan villa adalah 232sqm. Villa ini boleh memuatkan seramai enam orang dewasa dan menjadi pilihan pelumba-pelumba F1 apabila perlumbaan F1 Sepang berlangsung.


Satu lagi trademark resort ini - infinity swimming pool.


Kalau dilihat sekali imbas pool ni kelihatan seolah-olah bersambung dan berada dalam laut.



Banyak lagi attraction yang ada di sini... Contohnya aktiviti-aktiviti yang guests boleh join, beberapa buah cafe yang ada serta keindahan resort ni di waktu malam. Memandangkan entri ni dah agak panjang, semua attraction tu aku ceritakan dalam next entri.

Sebelum tu kita tengok sekeping, dua gambar lagi....



Cantik kann? Stay tune for Part 2!





-lotsa luv-
Fayreen Mizan-