Tuesday 18 August 2015

Travel : Desiran Ombak Di Krabi - Phi Phi Island Part 2 (Viking Cave & Phileh Lagoon).

Travel : Desiran Ombak Di Krabi - Phi Phi Island Part 2 (Viking Cave & Phileh Lagoon). Kisah bercuti di Krabi diteruskan lagi. Selepas sejam bermandi-mandian, kemudian bersambung pulak dengan bersantai sambil people watching di bawah pokok, maka tibalah masa untuk gerombolan kami bergerak meninggalkan Bamboo Island dan menuju ke destinasi seterusnya - Viking Cave. Cantik juga Bamboo Island tu sebenarnya cuma akak lebih banyak duduk adjustkan momentum dulu. Macam budak-budak kecik jugak. Bila dibawa pergi ke tempat baru kan dia duduk diam-diam dulu... malu-malu kucing sambil panaskan enjin. Haa, akak pun gitulah gak! *Ptuih. Padahal jaauuuh di sudut hari menyesal jugak tak explore Bamboo Island haritu! Cerita penuh Bamboo Island di SINI.

Sebelum bot bergerak, macam biasa crew akan kira dulu jumlah penumpang. Kita yang passenger ni pun kenalah bekerjasama juga. Jelinglah sikit kiri kanan tu tengok ada yang belum naik bot lagi ke tak. Jadi, kenalilah juga muka jiran-jiran seperjuangan dalam bot. Kalau ada yang tertinggal janganlah berat mulut. Cepat-cepatlah alert crew bot yang ada.*Tips hidup bermasyarakat untuk hari ni! Next time, buatnya kita sendiri yang tertinggal tapi orang lain dalam bot buat bodo je macam mana? Kena pulak kat deserted island yang tak berpenghuni... haaa, hambik ko!

Phi Phi Island, Krabi
Selepas beberapa minit perjalanan, sampailah ke tempat yang dituju. Pemandangan memang sungguh breathtaking. Sangat-sangatttttt! Superb!

Sebagai seorang self-proclaimed pencinta alam (ehem... ehemmm...), kombinasi formasi batu kapur, tompokan pokok dan air laut ni pun dah cukup untuk buatkan Kak Fay rasa WOWWW!

Tujuan kami ke sini adalah untuk melihat Viking Cave dari dekat. 

Viking Cave ni diberi nama sedemikian bukan kerana bentuknya. Perhatilah dari sudut mana pun memang tak ada langsung bentuk kapal Viking. Sebenarnya, nama Viking Cave ni diambil dari peninggalan beberapa lakaran di dalam gua yang menyerupai kapal layar dari benua Eropah dan dipercayai berusia di antara 1,000 - 2,000 tahun! Nah, baca ni - 'Why would the Phi Phi Islands have a cave called 'Viking'? The name comes from the old – some say ancient – cave paintings of foreign sailing ships on the dark cave walls that definitely depict European vessels, though perhaps not those of the Vikings. Someone used the word Viking, and the name stuck. Anthropologists and others have struggled to explain how these images got there, what they represent, who painted them and most importantly, how long ago they were painted. The questions remain unanswered, but the theories are many. The age of the paintings remains an unknown, though the figure that guides might tell you runs to 1,000 or 2,000 years ago.' 
Air laut biru dan sangat jernih. Macam nak melompat terjun dari bot masa tu jugak!

Bot cuma berhenti sekejap saja kat sini. Masa tu ambiklah gambar puas-puas. Trip ke sini cuma untuk sightseeing sebab sekarang pelancong dah tidak dibenarkan masuk dalam gua lagi kerana dikhuatiri flash dari kamera dan jumlah pengunjung yang ramai boleh merosakkan sarang burung dan formasi-formasi batu kapur yang ada.

Viking Cave.

Disebabkan ini antara top tourist attraction di Krabi maka ramailah pelancong yang singgah ke sini. Jadi, banyaklah bot sama ada speedboat ataupun long tail boat yang ada depan kawasan gua ni dalam satu-satu masa. Atas sebab itulah setiap bot kena queue sebelum berhenti depan entrance bagi mendapatkan view yang lebih jelas.

Stalagmit dan stalaktit yang terbentuk sejak jutaan tahun dahulu.

Zoom lagi....

 Antara formasi yang ada.

Stalagtit yang terhasil.

Zaman-zaman sekolah dulu ada belajar pasal stalagtit/ stalagmit ni kan. Sebab dah berkurun lamanya ditinggalkan zaman yang mencabar tu ditambah pulak dengan daya ingatan yang semakin kritikal akibat sel-sel otak yang dah banyak putus, meh kita ulangkaji sikit - Stalagtit bermaksud batuan yang tergantung ke bawah dari bumbung gua dan bentuknya mengecut atau runcing ke bawah. Stalagmit pulak batuan yang membentuk gunung-gunung kecil dari lantai gua. Itu sajalah info ringkas yang terdaya diberi. Punca-punca terhasilnya stalagtit dan stalagmit ni korang google lah sendiri ya! ;p

 View dari sudut yang lain.

Bot yang tengah queue.

Phi Phi Island, Krabi
 Meninggalkan Viking Cave nun di belakang untuk ke Phileh Lagoon pulak.

Memang sekejap sangat berhenti kat sini... macam lintas hormat je kekdahnya. Tapi kalau sewa long tail atau chartered sebuah bot terus boleh request berhenti lama-lama sikit.

 Phileh Lagoon.

Tu dia... crystal clear water! Bot pun bersusun-susun! Siapalah yang mampu menahan godaan air laut yang secantik ini? Ingatkan jauh nau laa Phileh ni, rupa-rupanya tak jauh dari Viking Cave. Masih dalam kawasan yang sama juga.

Aktiviti wajib di sini - snorkeling.
Walaupun possibility untuk kulit berbelang-belang macam zebra lepas ni sangat tinggi, persetankan saja semua tu. Paling tidak pun sebulan lagi lepas disapu segala macam krim, lepas berendam dalam clorox bagai ok lah semula kulit tu. Ingatlah bahawasanya experience yang kita dapat ni lebih berharga nilainya. Jadi, marilah kita berdebus ke dalam laut beramai-ramai!

Hubs dan bff nya.

Airnya memang biru yang amat dan nampak kehijauan di sesetengah tempat. Memang memanggil-manggil untuk terjun ke dalamnya. Ada ikan tapi tak berapa banyak. Atau ikan-ikan Siam ni pemalu ke caner? Cuma, visibility di dasar laut  saja agak terbatas masa kitorang datang tu. Jadi, tak dapatlah menikmati keindahan dasar laut sepenuhnya. Bagi yang kurang minat snorkeling, tak perlu risau atau gundah-gulana... duduk dalam bot saja pun tak rasa bosan sebab view di sekeliling memang super duper awesome. Cantik sangat! Jadi, nikmatilah keindahan alam di sini sepuas-puasnya.

Access ke Phileh Lagoon dan kawasan sekitanya boleh dilakukan dengan menaiki long tail boat. *Ayat skema ala-ala ayat dalam travel brochure sangat ni!

Bonding session sesama mereka.

Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai...
Kalau takut lepas ni jadi zebra, berpayung-payunganlah kita di tengah lautan... gitu..!!

Tenang dan damai.

Tengah-tengah syok menikmati keindahan alam, crew bot hidangkan pulak hirisan buah tembikai, nanas dan mango juice yang fresh dan manis. Dahlah panas-panas macam ni. Haruslah kami tak menolak. Makin banyak buah yang dicapai adalah! Lepas tu dihulur pulak butter cake. Hemmm... heaven sungguh! Kek ni dibuat oleh masyarakat Islam yang tinggal di Krabi. Sempat lagi salah sorang crew tu tunjukkan akak indication bertulis halal dan details lain yang ada pada kotak kek.  Apabila hantu kek berjumpa makanan kegemarannya di tengah-tengah laut, paham-paham jelaa. Bagai di syorga jadinya!

Bongkahan batu-batu.

Batu-batu lagi...

Dan lagi...

Phileh Lagoon.

Bila 'darat', laut dan langit bersatu. Bliss!

Menjamu mata dengan view yang super awesome sudah, menjamu selera walaupun cuma alas perut saja pun sudah... sekarang tibalah masanya meninggalkan Phileh Lagoon yang aman damai, indah lagi menggiurkan ini.


Bersambung....
-lotsa luv-
Fayreen Mizan



2 comments:

  1. indahnya..saujana mata memandang...soon nak pergi sini..tgh cari tiket murah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya AS... damai je rasanya. Waah... nak ronda2 Krabi ya. Itotttt....

      Delete