Rasanya all this while dah selalu sangat aku share gambar-gambar sunset
untuk cuci mata. Hari ni kita cuci mata dengan bunga-bunga dan tumbuh-tumbuhan di Bukit
Bendera pulak. Walaupun kurang kenal nama-nama bunga, sebagai seorang perempuan jauh di sudut hati mestilah tetap ada perasaan suka tengok bunga-bunga yang berwarna-warni, kann? Tapi, tang nama tu aku memang fail!
Yellow Crysanthemum.
Amboihhh crysanthemum bagai... padahal biasanya aku panggil bunga kekwa je! Aku selalu keliru antara bunga daisy dan kekwa ni sebenarnya. As I googled through, ada perbezaan pada kedua-duanya dari dari segi penjagaan, jenis daun mahupun bentuk bunga. Tapi bagi layman macam aku ni, kedua-duanya tetap nampak sama!
Bunga Siantan @ Ixora.
Bunga Senduduk.
Bunga Tahi Ayam.
Cantik juga sebenarnya. Cuma nama tu potong stim sikit. Tapi, apalah yang ada pada nama?? Kann?
Bunga Misai Kucing
Kalau tak kerana gigih mengoogle demi untuk tahu nama-nama bunga yang aku dok tepek dalam entri ni, harus sampai ke sudah aku tak aware pun inilah bunga Misai Kucing rupa-rupanya! Padahal biasa je dengar daun Misai Kucing disebut-sebut orang. Nasib baiklah ada sikap ingin tahu dalam diri. Jadi, marilah kita terus browse untuk tambahkan lagi input yang berguna untuk manfaat bersama. Ehemmm. Motip sungguh!
Unknown spesis.
Ini pun tak tahu juga...
Misai Kucing lagi.
Info dan khasiat Misai Kucing :
Misai kucing telah terkenal sejak
turun temurun kerana dapat membuang
dan mencuci darah dari toksid yang
berlebihan. Juga dapat membantu
tubuh mengeluarkan bendalir
berlebihan terutamanya dari sendi.
Mengandungi kandungan kalium yang
mencukupi untuk menggantikan
kehilangan kalium dari badan semasa
pembuangan air kencing. Ia juga
tidak mendatangkan masalah pada buah
pinggang seperti kebanyakan
ubat-ubat moden. Dapat juga
merawat penyakit lain seperti gout,
athriris, reumatik dan penyakit batu
karang, selain dapat mencegah
pembentukan batu karang dan
jangkitan saluran kencing, diabetes
and nephritis.
arteriosclerosis (capillary dan
masalah peredaran darah), Terkenal
juga dengan khasiatnya untuk
merawat kencing manis, mengurangkan
kadar kolesterol darah, menurunkan
tekanan darah tinggi dan melegakan
kekejangan smooth muscle pada
dinding organ dalaman disamping
sifat antiseptiknya.
* Kredit http://www.bio-asli.com/Herba/misaikucing.asp
Bunga Keembong Merah
Lempoyang @ Pine Ginger.
Serius aku tak kenal rupa lempoyang ni walaupun biasa sangat dengar namanya masa kecik-kecik dulu. Again, nasib baiklah sikap ingin tahu tu berkobar-kobar. Jadi, dengan segera aku google around untuk tambahkan ilmu supaya tak terus sesat hingga ke penghujung jalan. Ptui sangat statement tu! Padahal pasal lempoyang je pun! Hahahah.
Ini ada sedikit info pasal lempoyang yang dicopy paste --> Digunakan
untuk mandian ibu bersalin dan dibuat ulam. Membersihkan kulit ,
menambah selera makan, mengubat disentri, buasir, menghilangkan cacing,
buang angin, bisa-bisa badan.
Cantik untuk menghiasi taman dan banyak pula khasiatnya. Jadi, apa lagi? Marilah kita bergotong-royong tanam lempoyang beramai-ramai.
Mana-mana bunga yang dibiarkan tidak bernama tu disebabkan aku tak tahu apakah jenisnya. Dah google pun tak bertemu jawapan. Lepas ni memang kena luangkan masa untuk kenal lebih banyak tumbuh-tumbuhan. Bab menanam pokok yang sesuai tu mungkin boleh dipertimbangkan juga. Minat nak menanam tu ada tapiii aku kurang berdisplin menjaga pokok-pokok ni. Bila rajin bukan main lagi. Sehari sampai 2, 3 kali bersiram... siap bubuh baja lagi. Kalau angin malas menyerang 3 hari laa pokok tu tak jumpa air. Caner tu??
-lotsa luv-
Fayreen Mizan
No comments:
Post a Comment