Friday, 3 October 2014

OH MY ENGLISH!

Assalamualaikum,

Sambil belek-belek gambar makanan yang ada dalam hand phone, teringat satu insiden kat sebuah restoran tak lama dulu. Rasanya masa tu awal bulan kot, so orang yang makan kat situ lebih ramai dari biasa.

Tengah duduk tunggu makanan yang sedikit lambat dek kerana orang yang ramai, tiba-tiba nampak satu group gadis jelita masuk dalam restoran sambil berjalan dengan penuh gaya. *Berlenggang dia berjalan... si gadis tersayang manja... jelingan yang manja. Haa, gitu lebih kurang. Automatik semua mata tertumpu kat diorang. Bergaya, cantik-cantik, kulit flawless semuanya. Rambut diorang pun cantikkkk. Jenis kepok-kepok sekuntum-sekuntum macam mawar yang tengah mekar gitu. Siapakah mereka???

Kebetulan pulak ada satu meja kosong betul-betul depan meja kitorang laki bini.  So group ni terus duduk kat meja tu. Meja agak rapat jadi boleh dengar conversation diorang. *Sesi pasang telinga bermula. Nampak nau prihatin dengan kebajikan masyarakat. Hikhik...

"Ramainya orang. Oh My English. Tak selesaaaa!"

Kemudian dengar satu suara manja berkata-kata. Walaupun berbisik-bisik tapi tetap boleh dengar sebab kata-kata yang keluar dari mulut empunya suara manja-manja garau tu agak kuat.  

"Syhhh. Bukan Oh My English laa, Mira. Oh My God!"

"I taulah. Peduliklah nak cakap apa pun. Biarlahhhh!"

"Kaber line lah tu. Bila salah tak pernah nak mengaku!"

"I tau okeh. Orang sekarang cakap Ohemgeee. I saja cakap Oh My English. Dah I minat Zain kaan!" - Bak halilintar suara jantan kedengaran memecah kesunyian malam!

Rasa nak gelak golek-golek masa tu tapi terpaksa tahan. Kak Mira yang duduk berdepan aku dah mula menjeling kiri kanan. Keras kejung, sakit urat perut aku menahan ketawa. Sheolls minat Zain Saidin rupa-rupanya! Patutlah rambut sheolls pun macam Che Ta!! Hahahah.


-lotsa luv-
Fayreen Mizan

3 comments:

  1. Hahahaaa... ambekaw.. dari belakang bukan main ayu.. sekali tengok depan bukan asli laa... kuikuiiii

    ReplyDelete
  2. ahahaahah,..mmg lawak tapi betul lah Fay...ramai yg JM pernah jumpa spesis dorang ni mmg leboin cantik daru perempuan tulen tau..ntah apa yg di suntik nye tu...nauzubillah...ya allah....x kose tau hahaha,,,,dh boleh agak..kalau gaya jln cenggitu ahahaha hoverr u!!!

    ReplyDelete