Friday, 5 September 2014

CABARAN 30 HARI : DAY 3| SESUATU YANG MENGUATKAN AKU!

Assalamualaikum,

Cabaran 30 hari untuk hari yang ke-3 ini : Sesuatu yang menguatkan aku!

Banyak perkara pahit manis yang pernah aku lalui throughout the years. Yelah... umur pun dah nak meniti usia emas... hahaha! Yang best-best tu for sure kita tak ada masalah untuk handle... tapi kalau benda-benda yang menyedihkan dan menyakitkan hati mau frust menonggeng dibuatnya. 

Aku memang sangat perahsia. Jadi, bila berdepan dengan masalah tak semuanya aku akan share dengan keluarga atau kawan-kawan rapat. Kalau berkongsi cerita pun hanya bila masalah tu dah settle nanti. Sumber kekuatan aku dalam menyelesaikan segala kekusutan selama ini adalah diri sendiri!

Bila aku down... aku akan betul-betul down. Tapi taklah sampai tak makan atau tak boleh tidur. Makan tetap makan... tidur tetap tidur! Bila aku down, biarkan saja...lepas seminggu, dua ok lah nanti. Biasanya waktu itu aku akan gunakan untuk berfikir dan mencari solution terbaik. Alhamdulilah, so far aku tak buat benda-benda bodoh yang merbahayakan diri sendiri. Biasanya minggu pertama tempoh menenangkan diri memang menyakitkan. Bila jiwa semakin stabil, aku akan lihat apa yang berlaku itu sebagai satu pengajaran. Itulah masanya untuk aku motivate diri sendiri - tak semua yang kita impikan akan menjadi nyata... certain things are not meant to be ours because we deserve something better! Bagaimana telitinya perancangan kita... walau ada working paper setebal mana sekalipun, tanpa izinNya tidak akan berlaku juga kerana DIA lah sebaik-baik perancang. DIA lebih tahu apa yang terbaik untuk kita!

Selain inner strength sendiri... suami tersayang, keluarga dan kawan-kawan rapat adalah insan-insan yang sentiasa ada di belakang setiap kali aku ingin berkongsi cerita. They trusted me and allow me to chase my dreams! :)


#cabaran 30hari
#kelabbloggerbenashaari


-lotsa luv-
Fayreen Mizan


Thursday, 4 September 2014

CABARAN 30 HARI : DAY 2 | 5 CARA MEMENANGI HATI SAYA!

Assalamualaikum,

Cabaran 30 hari continues. Sepatutnya challenge ni untuk hari ke-2. Tapi disebabkan aku dah 2 hari ketinggalan, hari ni dan esok terpaksalah up 2 entri sehari. Kalau tak buat macam ni memang tak terkejar nanti.

Ok...apakah 5 cara untuk memenangi hati saya?? Opps... memenangi hati di sini bukan bermaksud mencuri hati macam kau kunci cintaku dalam hatimu tu ya! Nehiii! Hati aku memang dah lama dikunci dek En. Hasben :)

1. Jujur
Satu masalah utama aku ni - aku mudah serik! Bak kata pepatah Bugis - once bitten twice shy! Haa, sampai dah terkeluar pepatah Bugis!! :)

Jadi, untuk memenangi hati aku, mereka di sekeliling perlulah jujur. Paling aku takut orang-orang yang bercakap manis di depan tapi buat sesuatu yang menyakitkan hati atau menikam kita di belakang. Serik mak!!! Jujur dan berterus-teranglah. Aku memang respect mereka yang berani berterus-terang... 5 bintang di situ!

2. Sporting & no sentap-sentap!
Aku suka bergurau dan berloyar-buruk dengan kawan-kawan. Tapi bukanlah sampai ke tahap yang memalukan atau boleh menjatuhkan air muka orang lain. I know my limit. Benda-benda yang taboo... yang sensitif memang aku tak akan cuit.

Bergurau, usik-mengusik ni perlu untuk eratkan lagi kemesraan sesuatu hubungan asalkan kita tahu batasannya. Tak rocklah kalau baru bergurau sikit muka dah monyok... pastu tarik muncung sedepa. Aku lemas sebenarnya dengan orang yang mudah sentap ni!

Ibarat makan roti jala cicah dengan kari ayam yang tak dibubuh garam.... sedap tak kalau kuah kari tu tawar je? Tentu tak sedap kannn. Haa... macam itulah juga hidup tanpa senda gurau!

* Sesuatu sangat sampai beri contoh roti jala!! Hahaha... :p
3. Terima satu sama lain seadanya!
Setiap seorang dari kita ada kelebihan, keistimewaan, kekurangan, kepakaran dan kecenderungan masing-masing yang berbeza-beza. Learn to accept and respect differences. Perbezaan minat, pendapat dan kebolehan inilah yang membuatkan kita saling memerlukan dan bergantung antara satu sama lain.

Accept me for who I am... and I'll accept you the way you are. You are special and unique the way you are and so do I!

4. Jadi orang yang ceria dan sentiasa positif!
Mereka yang positif secara tak langsung akan salurkan aura yang positif juga kepada orang-orang yang ada di sekeliling mereka. Berapa kerap mood kita terganggu hanya kerana mendengar bebelan orang lain yang suka merungut-rungut... komplen itu ini, tapi tak berusaha untuk majukan diri atau cuba untuk cari solution(??!)
Seriously, aku memang agak 'kalah' dan lemas dengan orang-orang yang suka merungut-rungut. Penyelesaiannya, angkat kaki jauh-jauh dari mereka yang negatif ini!

5. Kaya dengan senyuman!
Biarlah kita tak mewah dengan harta benda asalkan kita kaya dengan senyuman. Berikan senyuman yang ikhlas dan semanis-manisnya. Ini juga salah satu cara paling mudah untuk memenangi hati aku!

Stay positive n stay tune for the next challenge! 
#kelabbloggerbenashaari
-lotsa luv-
Fayreen Mizan





CABARAN 30 HARI : HARI 1 - 1 GAMBAR TERBARU ANDA & 5 FAKTA TENTANG DIRI ANDA.

Assalamualaikum,

Sebenarnya cabaran dah masuk hari ke-4! Hakak je yang dah berhari-hari ketinggalan keretapi. Nampaknya kenalah berlari laju-laju supaya tak tertinggal jauh di belakang!

Cabaran untuk hari ini -  

Sekeping gambar terbaru :

This was taken a week ago. Tepek sajalah walaupun muka tak berapa nak siap!

next... 5 fakta tentang diri sendiri

1. Anak petama dari dua orang adik beradik perempuan. Ya... small family kaan?

2.  Sangat suka menonton pelawanan bola sepak!
Zaman-zaman bujang masa duduk sendiri dulu, siaran tv rasmi di rumah adalah ESPN! Kalau weekend duduk laa terjerit-jerit depan tv tu menghadap bola... dan aku adalah penyokong Chelsea!

3. Animal lover!
Ada 7 ekor kucing dewasa + 4 ekor anak kucing yang baru lahir di rumah! Dah sah-sah memang seorang penternak kucing yang berjaya!! Aku ni hati tisu sikit. Jadi, memang tak boleh tengok apa-apa filem yang ada watak binatang yang ada adegan sedih-sedih walaupun cuma cerita kartun macam Lion King tu. Tengoklah duaploh kali pun... no improvement! Mata tetap berkaca-kaca!

4. Confirm terdiam, terpaku seribu bahasa kalau disuruh menyanyi depan orang ramai! I cannot! Memang tak ada courage langsung dalam bab-bab menyanyi ni. Nervous tu satu hal... sedar suara tak seberapa pun satu hal juga! Hujan lebat 3 hari 3 malam nanti, macam mana??? Hahaha... Tapiiii, kalau suruh buat presentation atau jadi emcee, InsyaAllah. Tang tu aku no hal... nervous ke... panik ke semua hilang bila pegang mike. Pulak!??!

5. Hantu kek!
Hulurlah apa jenis kek pun... InsyaAllah licin!! :)


Selesai dah menyahut cabaran hari pertama. Apa pula challenge seterusnya? Tunggu entri petang ni! :)


#kelabbloggerbenashaari
#cabaran30hari


-lotsa luv-
Fayreen Mizan



Wednesday, 3 September 2014

KAMBING GOLEK!

Assalamualaikum,

Walaupun bulan Syawal sebulan lamanya,  ada juga yang terbabas curi-curi sehari dua dalam bulan Zulkaedah untuk sambung beraya. Contohnya - aku dan kawan-kawan sekolah! :)

Tuan rumah telah memilih hari Sabtu, 30 Ogos baru-baru ni untuk buat open house. Kebetulan pulak, 31 Ogos jatuh pada hari Ahad. Memang cun sangat tarikh yang dipilih. Since Ahad tu Hari Kemerdekaan, kawan-kawan dari Johor yang biasanya bekerja hari Ahad akan bercuti. Jadi tak perlulah diorang rushing dari KL balik ke Johor hari Sabtu lepas event tu nanti.

Pada hari kejadian, bukan saja kawan-kawan dari Johor, yang duduk Arau pun berangkat ke KL juga! Bukan tu saja, yang dah lama duduk UK pun datang! Alhamdulilah, diam tak diam lebih kurang 40 orang geng-geng sekolah dari SMSAB, Muar berjaya dikumpulkan. Dari sambutan Hari Raya & Hari Kemerdekaan bertukar pulak jadi mini gathering. For sure memang tunggang-terbaliklah rumah tuan rumah dengan telatah diorang. Diorang ya... aku tak... aku duduk sopan je dari mula-mula tiba sampai balik! Hahaha...

Menu yang disediakan memang mantoppp. Pendek kata, siapa yang datang dengan nawaitu untuk mempertahankan diet sure akan kecundang.


Marshmallow dipped with chocolate. Bukan budak-budak saja... mak-mak budak pun makan bertambah-tambah!


Kek Lapis Blueberry Cheese...sedap gila weh!


Kek Lapis Nutella. Ini pun sedappppppp!

Kek-kek lapis ni kawan sekolah aku buat. Dia memang jual kek lapis dan boleh deliver tru courier throughout Malaysia juga. Ada banyak variety kek lapis dan kek-kek lain. Sesiapa yang berminat boleh check kat fb  Noraini Hassan.


Red Velvet yang yummilicious hasil air tangan Puan Elly yang cantik menawan. Deco tu sweet... comel sangat sampai kitorang rasa sayang nak potong kek ni haritu!


Mee Hoon Singapore.


Yong Tau Foo.


Star of the day - KAMBING GOLEK!!!

* Gambar kidnap dari fb tuan rumah!


Sampai-sampai saja terus tergoda bila nampak kambing ni. Terus cepat-cepat masuk dalam rumah... bersalam-salaman, berlaga-laga pipi kemudian makan kambing yang memanggil-manggil dari tadi sebelum kehabisan!


Perfecto! Memang sedap especially bila makan dengan mint sauce.

* Gambar ni pun kidnap dari fb juga. Dek kerana penangan kambing yang sangat juicy, aku hilang ingatan sekejap. Nak ambik gambar kambing golek dalam piring sendiri pun boleh lupa!


Air sirap bandung + ais krim soda ni memang trademark orang Muo!


Detik-detik pertemuan dengan kawan-kawan lama. 

Ada yang tak pernah jumpa face to face lepas habis zaman sekolah. Ada yang aku sendiripun tak pernah jumpa langsung lepas SPM dulu. Bertegur-sapa pun cuma tru social media. Happy... sebak semua perasaan ada masa ni. No.. no..no..tak mau nangis-nangis. Nanti bila mascara kembang dah tak comel bila bergambar! *Statement memujuk diri sendiri. Padahal mata aku dah berkaca-kaca masa ni.

Ada seorang dua yang aku tak boleh recall muka diorang masa sekolah dulu sebab dah lain bebeno. Dah macam retis sekarang! Berbual tetap berbual... siap gelak-gelak lagi. Dah habis majlis, masa sambung bersembang kat WhatsApp group barulah ingatan pulih. Itupun sebab ada member share gambar sekolah.  


Riuh sekampung bila mak-mak Jemah berjumpa dan berbalas-balas selfie...!


Yang kecik molek berbaju hitam dan berlesung pipit itulah Farah, tuan rumah yang dah bersusah payah kumpulkan kami semua sampai jadinya mini gathering yang sangat havoc ni. 







Jelas terpancar kesucian wajah masing-masing yang penuh dengan nur! Syok betul sesekali layan feeling-feeling perasan macam ni! :p



Semoga kasih-sayang dan persaudaraan antara kita berkekalan hingga ke akhir hayat nanti. Sayang korang ketat-ketat!




-lotsa luv-
Fayreen Mizan


Tuesday, 2 September 2014

BILA KUCING BERANAK DEPAN MATA!

Assalamualaikum,

Kejadian kucing beranak depan mata ni berlaku masa kitorang husband n wife tengah lunch dekat rumah semalam! Kelam-kabut, panik, nak pitam, nak pengsan, ketaq kepala lutut semua ada!!! Sesiapa yang pernah baca blog ni mesti tahu aku ada bela beberapa ekor kucing termasuk seko yang dipanggil Hazel. Dia ni memang manja. Tapi, 2 hari lepas dia jadi extra manja lagi sampai ke tahap asyik nak beriba saja. 

Semalam, sambil meratah kurma ayam (nak juga promote masak kurma ayam tu! Hik... hik..) kitorang dah terperasan Hazel restless semacam. Sekejap duduk atas sofa... lepas tu duduk bawah meja study. Tak senang duduk situ dia beralih duduk bawah meja makan pulak!

Lepas dia beralih tempat, kitorang terdengar bunyi yang selalu kucing keluarkan masa diorang berebut makanan sesama sendiri tu. Orang panggil bunyi tu menderam kot rasanya. Mula-mula ingatkan Hazel berebut apa-apa dengan kucing-kucing lain Makin lama bunyi menderam tu makin kuat pulak, so hubby terus intai bawah meja.....

Tiba-tiba...

Hubby : "Tu apa tu kat *tutt* dia?? Ada benda terkeluar lah!!"

Aku dah terdiam lepas tu terus jengah bawah meja.

Hubby :  "Eh... tu kepala tu...!"

Gulp! Panik okeh! Aku dah mula seram-sejuk masa ni

Hubby : "Hazel nak beranak dah ni. Tu kepala budak dah keluar separuh!!!!"

Rasa macam nak pitam bila dengar kepala budak dah keluar separuh!

Tak sampai pun 10 saat... berdesup keluar seekor anak kucing ke dunia yang fana ini. Nampaklah depan mata segala liquid dan darah yang keluar sama. Ngeri memanglah ngeri. Sampai Hazel selamat lahirkan 2 ekor anak lagi lepas tu pun lutut aku masih berlaga-laga!! Tapi ini satu priceless experience juga bagi aku. Alhamdulilah dapat sama-sama menyaksikan satu miracle ciptaanNya.


Baru saja lahirkan anak kucing yang ke-3 masa ni...


Sehingga pagi tadi, ada 4 ekor anak kucing dalam kotak. Maka bertambahlah umat kucing di rumah ni...

Cuma masalahnya, Hazel macam tak berapa berminat nak susukan kittens ni semua. Malam tadi bila aku atau hubby duduk sebelah kotak barulah dia beria-ia masuk dalam kotak dan susukan kittens. Bila kitorang duduk menghadap tv kat hall, dia pun tengok tv sama!! Takkanlah dia nak suruh kitorang tidur dalam bilik ni sama-sama dengan dia n kittens kot??!!! Alahai Hazel....




-lotsa luv-
Fayreen Mizan