Showing posts with label Weekend. Show all posts
Showing posts with label Weekend. Show all posts

Tuesday, 8 September 2015

Weekend : Bila Langit Dan Bumi Bersatu...

Assalamualaikum, 

Weekend : Bila Langit Dan Bumi Bersatu. Hujung minggu bila tah hari tu, kami suami isteri tak tahu nak ke mana. Lepas discuss punya discuss plus mee rojak sepinggan dan teh tarik segelas dua akhirnya keputusan sebulat suara dicapai. Destinasi yang dituju adalah ke Bagan Lalang saja... bukan untuk makan seafood tapi untuk camping. Sesi bercanda dengan nature bagi pasangan nature lover ini kekdahnya!

Sunset yang tak berapa menjadi.

Kitorang bertolak dari KL agak lewat, jadi sampai-sampai saja terus disambut oleh sunset yang malu-malu kucing.  Memandangkan ini pun last minit plan, maka tak adalah aktiviti bbq bagai. Sampai-sampai tu isi perut dulu dengan apa-apa yang patut yang ada dijual di kedai-kedai makan berhampiran sambil menikmati keindahan senja.

Awan senja yang berarak pergi.