Showing posts with label Sunset. Show all posts
Showing posts with label Sunset. Show all posts

Monday, 18 May 2015

Senja - Menyulam Kasih Di Tepian Pantai.

Assalamualaikum,

Tajuk entri kemain bunga-bungaan yang kembang setaman kekdahnya. No... no...no... not me... so not me! Hahaha. Tapi, why not. Ok juga sesekali melayan saki baki jiwang karat yang ada dalam jiwa :p

Ini cerita weekend yang lepas. Sebenarnya, kami laki bini tak ada specific program untuk ke mana-mana. Tapi, bila dah memerap kat rumah, rasa panas punggung pulak. Jadi, petang tu kami merayap saja tanpa tujuan. Mula-mula nak ke Genting Highlands. Tapi sebab baru sangat ke sana weekend sebelum ni, kitorang tukar direction ke Bagan Lalang, Sepang.

Tahun ni saja dah lebih 10 kali kot kitorang berulang-alik ke sini walaupun kalau diikutkan jaraknya bukanlah dekat dengan rumah pun. As we are staying in KL, tetap kena travel selama 1 jam setengah untuk sampai. Selalunya, kitorang exit dari Bandar Baru Bangi kemudian lalu jalan kampung ikut  route Dengkil - Sepang. Dannnn... kitorang ke sini juga tak semestinya sebab nak makan seafood. Kami ke sini lebih untuk leisure. Maklumlah laki bini pencinta alam yang tegar kononnya. Kalau bernasib baik, dapatlah tengok sunset yang cantik... kalau tak ada rezeki, setakat duduk tepi pantai sambil menghadap laut yang terbentang luas pun dah heaven sangat rasanya.

Dannnnn.... kedatangan kami semalam disambut oleh cuaca yang suram. Maka, gambar-gambar pun suram jugalah kekdahnya. Yang penting dalam hati tuan belog ada taman yang berwarna-warni especially tengah musim-musim celebrate wedding anniversary sendiri ni. Ngee!

Walaupun suram, tapi udara sangat fresh. Baru lepas hujan kot rasanya.

 

Sunset pun tak berapa menjadi. Cuma nampak biasan cahaya dari matahari yang bersembunyi di sebalik awan.

Wednesday, 18 February 2015

Sunset | Sepang Gold Coast (Lagiiii!)

Assalamualaikum (*sambil kais sarang labah-labah yang dah mula take over blog!),

Bulan Februari ni best betul sebab public holiday silih berganti. Itu belum lagi cuti sendiri sama ada yang disengajakan atau tidak. Hahaha. Itu juga sebabnya blog hibernate sejak sekian lama. Holiday moodlah katakan! 

Sebagai entri pemanas enjin, jemputlah cuci mata dengan gambar sunset yang tak semenggah ini. 

Destinasi yang dituju... Bagan Lalang @ Sepang Gold Coast.... lagiiii!

Motif ke sini bukanlah untuk makan seafood. Masa balik Muo seminggu sebelum tu dah puas sangat makan seafood. Murah pulak tu! Ecececeh mode riak halus detected ;p. Sebenarnya, kitorang ke Bagan Lalang ni sebab hubby nak ambik gambar kapal terbang. Ada 2 kawasan menghala ke Bagan Lalang ni memang spot terbaik untuk capture gambar kapal terbang yang approaching KLIA/ KLIA 2. 

Tuesday, 27 January 2015

Sunset| Senja Di Genting Highlands

Assalamualaikum,

Sedikit perkongsian misi mencari ketenangan jiwa hujung minggu lepas. Ketenangan jiwa?? Walhal hakikat sebenarnya lebih kepada misi mengisi perut! Aku punyalah gigih menemankan suami terchenta mengharungi traffic jam kat MRR2 demi untuk mencari kari kambing kat restoran Al-Esfan, Gohtong Jaya! Dah kenapa sangat cari kambing sampai kat Genting Highlands?? Padahal kat KL ni pun berlambak restoran jual kari kambing!

Selesai misi mengisi perut barulah kitorang naik ke puncak Genting.  On the way tu dapatlah tengok view kaki langit yang super awesome. View sangat cantik walaupun sunset tak berapa nak ada. Jom cuci mata...



Tuesday, 20 January 2015

Sunset| Bagan Lalang, Sepang.

Assalamualaikum,

Apa khabar??? Aku tanya apa khabar. Aku tanya apa khabar semuaaaaa. Hahaha...nampak nau demam AJL 29 belum abis lagi. Macam biasalah, rumah dah siap pahat masih berbunyi! Nak komen keputusan juri-juri professional yang menobatkan lagu Joe Flizzow ni sebagai juara pun aku tak berani sebab aku bukannya pakar dalam bidang seni suara ni. Hanya jauhari yang mengenal manikam, tak gitu? AJL ni pun aku tak follow sangat. Sedar-sedar, dah nak semi final je ari tu. Tu pun tertengok kat tv. Kalau tak lagilah tak tau apa-apa. Tapi performance Mojo & Caliph Buskers dengan suara yang memukau memang win. 5 bintang sangat! Dayang pun sangat wowww! Cuma rasa agak irritated dengan tagline dan pesanan penaja yang mendominasi AJL. It killed the umpphh of the program!

Ok... cukup...cukup. Entri ni pun sebenarnya bukan nak ulas pasal AJL. Saja nak share dengan korang aktiviti hujung minggu baru-baru ni. Sebagai santapan mata, jom layan gambar-gambar yang kitorang snap kat Bagan Lalang, Sepang aritu. 

Avani Sepang Goldcoast Resort.

 Berlari-larian di gigi air.

 

Wednesday, 24 December 2014

SUNSET | JERAM, KUALA SELANGOR.

Assalamualaikum,

One of the weekends hari tu, kitorang terasa nak makan seafood kat Jeram. Dah alang-alang nak ke sana, bolehlah tengok sunset. Jadi kitorang keluar agak awal dari rumah. Dalam pukul 3.30  petang tu bolehlah dikira awal kot. 

Being us, seperti biasa bila dah sampai kat tempat kejadian sempat lagi pusing-pusing masuk lorong-lorong sana sini... sekejap belok kiri.... sekejap lagi masuk lorong sebelah kanan pulak melawat kawasan. Jadi, bila sampai kat Jeram tu sunset dah tak berapa nak ada. Tapi, pemandangan yang ada tetap berjaya menawan kalbu di sudut yang paling dalam. Ceh!

Senja di Jeram.


Nak kata sunset tak berapa nak ada pun tak boleh juga sebab awan agak tebal petang tu.

Awan tebal yang sekali pandang macam formasi naga!

Close-up....

Friday, 17 October 2014

SUNSET

Assalamualaikum,

Entri bergambar tanpa kata-kata. *Menggigil aku menahan diri supaya tak merapu-rapu demi untuk merealisasikan dan mempertahankan entri bergambar ni. Hamboi, ayat kemain lagi. Hahaha. 

Lokasi - Hujung minggu di Port Dickson sebelum service banana boat digantung. Enjoyyyy.....