Showing posts with label Putrajaya. Show all posts
Showing posts with label Putrajaya. Show all posts

Tuesday, 16 December 2014

PUTRAJAYA LIGHT AND MOTION FESTIVAL (LAMPU) 2014.

Assalamualaikum,

Kali ni aku nak share gambar-gambar yang sempat kitorang snappy seadanya masa ke Putrajaya Light And Motion Festival 2014 (LAMPU) weekend baru-baru ni sebelum cerita dan hasil tembakan menjadi basi akibat berminggu-minggu diperam! Hahaha. Itupun hari ketiga baru sempat menjengah disebabkan tuan blog tetiba je demam kus-kus 2 hari sebelum tu.

Jadi, marilah cuci mata bersama-sama. Enjoyyyy.......

1....

 2....

 3.... Actionnnn....

Maka bermandianlah Istana Kehakiman dengan cahaya yang berwarna-warni.

Sebenarnya yang berwarna biru, merah tu imej rama-rama tapi movement dia sangat pantas so susah nak capture dalam gambar. Kalau tengok video nampak rama-rama ni 'berterbangan'. Cantikkkk! Video ada aku ambik tapi malangnya aku super malas nak upload. Erk!

 Macam poster!

Sessi simbah menyimbah cat berlaku...

 Biru... 

Hijau...

Siap ada pekerja lagi!

Imej bunga orkid dan batik.

Kesenian pencahayaan kreatif yang secara tak langsung menonjolkan lagi keindahan seni bina bangunan.


Tuesday, 20 May 2014

RED BULL AIR RACE PUTRAJAYA 2014!

Assalamualaikum,

Inilah aktiviti kami kat Putrajaya weekend haritu. Marilah kita sama-sama cuci mata sambil menunggu aku yang tengah terkiai-kiai siapkan entri trip ke Japan tu! Memang seronok tengok Red Bull Air Race ni... terus buat countdown sebab tak sabar nak pergi LIMA tahun depan! ** Sempat buat iklan LIMA dengan harapan suami aku baca entri ni dan cepat-cepat suruh aku book flight ticket ke Langkawi tahun depan... hahahah...

Ok korang tengoklah gambar-gambar yang ada ni ya... nak explain secara teknikal memang aku tak tau... ke lautlah jawapnya nanti... hikhik!




Sampai terlopong-lopong mulut tengok pilot-pilot ni buat maneuver yang mendebarkan. Memang hati kering betul diorang ni!

Ini kali pertama race bertaraf dunia ni diadakan di Malaysia. Sebenarnya event kat Putrajaya ni adalah siri ketiga dari keseluruhan 8 siri dalam Red Bull Air Race World Championship 2014 yang diadakan di beberapa buah lokasi di dunia termasuk Abu Dhabi di UAE, Poland, Ascot - UK, USA dan China. Pendek kata race ni hanya disertai oleh world's best pilot termasuk Malaysia's very own Dato Halim Othman of Krisakti fame yang bersaing sesama sendiri di udara untuk mencatitkan masa yang terpantas sambil membuktikan kecekapan masing-masing mengemudi kapal terbang. 


 

Terlopong lagi mulut tengok kapalterbang ni selamba je lalu kat slalom course tu dengan kelajuan sehingga 230 mph. 




Yang tukang tengok pun sampai senget-senget badan ikut movement kapal terbang. 






Suka sangat shot ni! By the way, gambar-gambar semua hasben aku ambik... aku setakat ambik video pun dah bergoyang-goyang... macam mana nak pegang kamera ambik gambar-gambar macam ni! :p



Kalau korang nak lebih feel boleh tengok video-video race ni kat official web page Red Bull Air Race.
Klik --> http://www.redbullairrace.com/en_MY.  Memang best!


-lotsa luv
Fayreen Mizan