Thursday, 19 March 2015

Rehatkan Minda Dengan Stereogram

Assalamualaikum,

Memandangkan dah holiday mood sangat-sangat ni, haruslah mood nak menulis blog pun terhumban ke laut yang paling dalam jadinya. Bermakna entri Pulau Langkawi yang terhenti sekerat jalan tu pun pending jugalah. Itulah penangan memeram entri lama-lama. Dahlah perginya pun dah berzaman, maka haruslah berlaku juga kejadian hilang ingatan tahap maksimum! 

Dipendekkan cerita, nampaknya terpaksalah Kak F menjamakkan sketsa Pulau Langkawi hari tu sekali dengan deruman jet di LIMA '15 nanti. Insyaalah esok subuh-subuh shafie bergegaslah kami laki bini ke KLIA. Jangan kitorang buat hal snoozekan alarm clock sudah (sebab pernah berlaku dulu!). But waittttt.... tetiba keluar Kak F ni dah kenapeee? F stands for Fay - nama hakak ya. Tah kenapa, tiba-tiba rasa nak type gitu. See, bila holiday mood menjelma aku macam nilaa... krisis identiti sikit!! Hahahah.

Tak cukup dengan krisis air, nak ditambah pulak dengan krisis identiti lagi. Itu tak masuk krisis umur lagi! Sudah... sudahhh... jangan serabutkan otak dengan macam-macam krisis. Jom kita tenang-tenangkan minda dengan melihat gambar yang cantik-cantik. 

Tapi, gambar bukan sebarang gambar ya. Pernah dengar 'Stereogram' ? Dalam bahasa mudahnya gambar dalam bentuk 3D. Pernah tengok movie 3D kann? Kalau objek kek, nampak betul-betul hidup macam kek tu ada depan mata... macam boleh dicekut-cekut lepas tu ngap masuk mulut. Haa, macam tu jugalah dengan Stereogram ni. Cuma, tak semua gambar straight forward. Apa yang kita nampak secara kasar bukanlah apa yang nak disampaikan oleh gambar tu. Sebenarnya ada objek tersembunyi yang lain di sebalik gambar dalam bentuk 3D. Member sekolah aku lah ni punya pasal share bendalah ni kat wassap group ari tu. Kan aku dah terjebak walaupun Stereogram ni sebenarnya ada sejak beberapa tahun lepas lagi daah. Tapi masa tu aku... oppsss... Kak F... sibuk kumpul wallpaper anime! :D

For a start, naah... akak share Stereogram yang senang dulu.

 
Nampak tak deretan bangunan yang bagaikan berdiri gagah kat belakang tu? Gambar ni very straight forward. What you see is what you get kaedahnya tapi dengan 3D effect.




Berapa ekorkah unta sebagai watak utama dalam gambar ni?

Yang ini pun straight forward juga. Bila tak nampak 3D effect tu mungkin korang rasa nak give-up. Tapi, ingatlah kata-kata pepatah... usaha tangga kejayaan. Hahaha. 



Dalmatian yang comei.

Soalan - ada berapa ekor Dalmatian yang tersenyum riang sambil menggedikkan ekornya depan screen anda?? 8 ekor??? Salahhhh.... cuba tengok balik!

Mula-mula memang susah nak tengok. Sampai naik juling bijik mata pun 3D effectnya tetap tak nampak. Cara paling mudah... kalau nampak reflection diri sendiri, fokus kat mana-mana bahagian reflection tu. Akak prefer fokus kat bahagian bawah gambar sebab lebih mudah nak nampak 3D tu rasanya. Kemudian julingkan mata sikit. Slowly boleh nampak objek di sebalik gambar.

Disclaimer : Tuan blog tidak bertanggungjawap sekiranya anda mengalami strabismus iaitu keadaan di mana kedua-dua biji mata tidak sejajar dengan lurus atau dalam bahasa biasanya juling akibat entri ini!! - Penting ya disclaimer ni... buatnya ada yang jadi permanently juling nanti tak pasal-pasal aku kena saman caner?!! Hahahah.

Yang ni dah dikira advance level. Percayakah korang kalau akak katakan di sebalik ribuan dots yang macam stardust ni ada Smilley yang menyengih bak kerang busuk?






Dolphin...eh... ke jerung.  Ekor macam dolphin.




Pegasus dengan kepak yang dikembangkan. Cantikkk...






Apa pulak ni??? Yang ni serius cantik... korang mesti tak menyesal menjulingkan diri! :p





Swan & origami.





Apakah objek yang tersembunyi dalam gambar ni?




Nature yang mendamaikan. Cantik giler!!


Boleh nampak tak 3D object dalam semua gambar tu? Kalau akak ni, selagi tak nampak selagi tulah aku tak puas hati. Panas je montot ni... memang tak senang duduklah dibuatnya. Ada kebaikan dan ada juga keburukan peel macam ni. Apa-apa pun nanti akak share gambar-gambar lain yang lebih cantik, advance dan menjulingkan. Enjoy....

Credit :
- www.hidden_3d.com
- www.eyecan learn.com
- 3dimka.deviantart.com
- imgkid.com




-lotsa luv-
Fayreen Mizan


4 comments:

  1. mood berholiday? ke manah kaitu..ke Langkawi tgk LIMa ke

    Stereogram? pertama kali tgk dalam blog Fay nih..nampak hidup? jap nk tgk satu2

    Damaltion tu comei tapi kepala pening mengira huhhu

    kalau camtu tu nak jeling lama2..takut ooii juling heheh

    kalau ada smiley bab kerang busuk mmg surrende...x jumpaaaaaaaa...nampak sama je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak nampak Smiley yang comei tu ye, JM? Ada tu menyengih-yengih :p

      Delete
  2. Kak F!!! start dari gambar smiley tu, satu pun saya tak boleh nampak. jenuh julingkan mata. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha... tak nampak ye? Nanti akak share yang lain...boleh cuba lagi nanti :)

      Delete