Sebenarnya trip 5 hari 4 malam ke Pulau Langkawi ni bukannya berlaku sebulan dua yang lepas dan tak juga tiga, empat bulan lepas! Dah agak berzaman jugalah trip ni kiranya. Kalau tak kerana nak ke Pulau Langkawi lagi bulan Mac ni (InsyaAllah) harus sampai ke tahun depan aku tak up entri ni. Atau mungkin dah bongkok tiga esok baru aku update untuk dijadikan bedtime story cucu-cicit nanti!
Dipendekkan cerita, dari rumah aku dan hubby ke Bandar Tasik Selatan untuk naik KLIA Transit ke KLIA. Lebih selesa. Kepala otak pun lapang sebab tak payah terkejar-kejar takut kena tinggal kapal terbang. Tak payah nak fikir pasal jalan jammed bagai. Boleh sesuka hati membuta dengan aman damai dalam train!
Cubaan pertama naik Malindo. Masa ni Malindo masih lagi belum pindah ke KLIA 2. Maknanya entri ni memang dah terperam. Dari zaman KLIA 2 belum beroperasi lagi, nak oii!
Meninggalkan KLIA dan kawasan yang sewaktu dengannya.
Memandangkan journey dari KLIA ke Langkawi Airport cuma 1 jam saja tak bolehlah aku nak evaluate servis Malindo ni lebih-lebih. Apa-apa pun, seat lebih empuk dari Air Asia. Pendek kata memang dapat merehatkan punggung dengan jayanyalah. Legroom nya pun lebih luas - 32" untuk kelas ekonomi dan 42" untuk business class. Jadi, mereka yang berkaki panjang tu bolehlah lunjurkan kaki dan taklah rasa terseksa sangat. Kiranya memang selesa untuk short atau medium haul journey.
Antara plus factornya, baggage yang diletakkan di kargo adalah percuma. Bagi penerbangan domestik, economy class diberikan 15kg FOC manakala 40kg untuk business class. Tapi kalau international flights pulak bergantung pada destinasi. Antara 20 - 30kg diberikan kepada penumpang economy class. Tapi business class standard 40kg tak kira ke mana arah yang dituju. Naah, klik SINI untuk dapatkan info lanjut, terkini dan sahih dari Malindo sendiri. Eh, kenapa aku dah macam jurucakap Malindo pulak ni? Free tickets plisss!! Fly ke Dhaka pun jadilah! Hahaha...

Peekaboo...
Dikelilingi awan
Plus point kedua - Light snacks diberikan percuma! Walaupun haritu aku cuma dapat 1 slice cake dan mineral water yang dalam cup tu saja... tapi tetap rasa yeayyy yang teramat sebab dapat makanan free! :) Bolehlah setakat nak dijadikan bahan untuk mengunyah-nguyah.
Plus factor lain, cabin crewnya pun muda-muda dan sedap jugalah mata ni memandang. Apa-apapun aku suka uniform cabin crew Malindo ni. Kain yang dijadikan kebaya diorang ala-ala material Uluwatu. I loike. Eh, ke memang Uluwatu??

Menikmati fruit cake sambil melemparkan pandangan ke luar tingkap. Biasa-biasa saja rasa kek tu. Tapi kalau dah hantu kek, rasa macam mana horror sekalipun tetap licin aku kerjakan!
Pulau Pinang dan jambatannya.
Masa approaching Pulau Pinang cuaca di luar tak berapa baik. Tapi aku yang memang suka tengok awan ni tetap terleka dengan segala macam formasi walaupun pemandangan agak terhad sebab ada masanya berkabus. Tu yang sampai terlupa nak explore inflight entertainment. Lagipun, journey sekejap sangat. Tak sempat panaskan punggung dah nak touchdown kat Langkawi. Maka, tak dapatlah nak cuba dan membega-bega multi-gesture touch screen Malindo ni. Tak apa, balik nanti boleh explore habis-habisan!
Menghampiri Pulau Langkawi.
Antara pulau-pulau yang termasuk dalam gugusan 99 buah pulau yang mengelilingi Langkawi. Rasanya kalau datang sploh ribu kali pun, aku tetap tak akan jemu dengan view ini.
Alhamdulilah smooth landing di Langkawi International Airport walaupun kedatangan kitorang disambut dengan runway yang basah. Rupa-rupanya hujan baru je turun sebelum tu. Airport pun agak lengang... yang ada cuma passenger yang baru turun dari Malindo termasuk kitorang. Maka berseri-serilah segenap ruang airport buat seketika dengan kehadiran aku laki bini!
Bila tak ramai orang ni senang sikit nak ambik baggage. Dalam hati ni berbunga-bungalah konon-kononnya tak payah berkampung lama-lama kat luggage conveyor tu.. Tapiiii....
Entah apa angin bag aku hari tu. Tunggu-tunggu tak muncul. Makin ditunggu makin tak nampak batang hidung. Tambah tensi bila bag hubby muncul depan mata dengan gagah perkasa tanpa pasangannya. Sudahhhh. Terus terbayang-bayang possibility terpaksa sehelai sepinggang sepanjang 5 hari kat Pulau Langkawi ni. Tak dapatlah nak bertukar-tukar shawl, bertukar ganti baju, tak dapatlah berbikini masa island hopping nanti. Eh?!
Lepas 10 minit masih tak nampak kelibat bag aku. Terus rasa macam ada butterfly terbang menari-nari tarian zapin dalam perut. Sahlah bag aku dah terbang ke Kochi atau Delhi. Malindo kan banyak route menghala ke belah-belah sana tu! Ataupun tiket free ke Dhaka dah diberikan pada bag haku???
Bersambung......
-lotsa luv-
Fayreen Mizan

Kesudahannya jumpa ka beg kak fay?
ReplyDeleteAkhirnyaaaaa.... jumpa Nad :p
Delete