Wednesday 28 January 2015

Luahan Hati Dan Perasaan Seekor Anak Kucing!

Assalamualaikum,

Pagi tadi sebelum start dengan rutin seharian, macam biasa aku belek-belek handphone check apa yang patut. Tak dapat nak fokus sangat sebab 2 ekor budak bulus terover ngada-ngada nak beriba pulak dah. Gomol-gomol diorang lebih kurang kemudian aku bangun buat kerja yang sepatutnya. Tak sampai setengah jam kemudian capai handphone, tup-tup tengok kat screen keluar ni...

 Tak syak lagi... budak kucing punya kerjalah ni!

Mungkin diorang cuit-cuit handphone aku. Touchscreen ni kan sensitif. Tu yang keluar macam-macam. Tapi terus pergi dashboard, siap keluar new post tu yang tak menahan! Nasib baik diorang tak klik publish terus!

Tanpa sebarang perasaan prejudis... inilah suspek utama kejadian. Memang confirm 2 ekor nilah yang aku tinggalkan atas sofa sekali dengan handphone. Cuma tak tahu antara dua ni siapa yang punya angkara.

Tuesday 27 January 2015

Sunset| Senja Di Genting Highlands

Assalamualaikum,

Sedikit perkongsian misi mencari ketenangan jiwa hujung minggu lepas. Ketenangan jiwa?? Walhal hakikat sebenarnya lebih kepada misi mengisi perut! Aku punyalah gigih menemankan suami terchenta mengharungi traffic jam kat MRR2 demi untuk mencari kari kambing kat restoran Al-Esfan, Gohtong Jaya! Dah kenapa sangat cari kambing sampai kat Genting Highlands?? Padahal kat KL ni pun berlambak restoran jual kari kambing!

Selesai misi mengisi perut barulah kitorang naik ke puncak Genting.  On the way tu dapatlah tengok view kaki langit yang super awesome. View sangat cantik walaupun sunset tak berapa nak ada. Jom cuci mata...



Monday 26 January 2015

Travel | Pulau Langkawi - Dari KLIA ke LGK

Assalamualaikum,

Sebenarnya trip 5 hari 4 malam ke Pulau Langkawi ni bukannya berlaku sebulan dua yang lepas dan tak juga tiga, empat bulan lepas! Dah agak berzaman jugalah trip ni kiranya. Kalau tak kerana nak ke Pulau Langkawi lagi bulan Mac ni (InsyaAllah) harus sampai ke tahun depan aku tak up entri ni. Atau mungkin dah bongkok tiga esok baru aku update untuk dijadikan bedtime story cucu-cicit nanti!

Dipendekkan cerita, dari rumah aku dan hubby ke Bandar Tasik Selatan untuk naik KLIA Transit ke KLIA. Lebih selesa. Kepala otak pun lapang sebab tak payah terkejar-kejar takut kena tinggal kapal terbang. Tak payah nak fikir pasal jalan jammed bagai. Boleh sesuka hati membuta dengan aman damai dalam train!

 Cubaan pertama naik Malindo. Masa ni Malindo masih lagi belum pindah ke KLIA 2. Maknanya entri ni memang dah terperam. Dari zaman KLIA 2 belum beroperasi lagi, nak oii!

Meninggalkan KLIA dan kawasan yang sewaktu dengannya.

Memandangkan journey dari KLIA ke Langkawi Airport cuma 1 jam saja tak bolehlah aku nak evaluate servis Malindo ni lebih-lebih. Apa-apa pun, seat lebih empuk dari Air Asia. Pendek kata memang dapat merehatkan punggung dengan jayanyalah. Legroom nya pun lebih luas - 32" untuk kelas ekonomi dan 42" untuk business class. Jadi, mereka yang berkaki panjang tu bolehlah lunjurkan kaki dan taklah rasa terseksa sangat. Kiranya memang selesa untuk short atau medium haul journey.

Wednesday 21 January 2015

Cute Gila - Tantrum Si Anak Gajah!

Assalamualaikum,

Awal pagi tadi aku curi-curi masa belek fb sekejap. Of koz lepas selesaikan rutin harian - bersihkan toilet si budak-budak bulus dan sediakan makanan aka breakfast diorang. Mama Pay breakfast kemudian pun tak pe, nak. Korang makan laa dulu sampai kenyang - lebih kurang gitulah komunikasi kami pagi tadi! 

Berbalik pada fb tadi, tup-tup aku terpandang satu posting pasal anak gajah yang MasyaAllah...sangat comel. Serius memang comel to the max and really made my day!












--- Scroll down ---





Tuesday 20 January 2015

Sunset| Bagan Lalang, Sepang.

Assalamualaikum,

Apa khabar??? Aku tanya apa khabar. Aku tanya apa khabar semuaaaaa. Hahaha...nampak nau demam AJL 29 belum abis lagi. Macam biasalah, rumah dah siap pahat masih berbunyi! Nak komen keputusan juri-juri professional yang menobatkan lagu Joe Flizzow ni sebagai juara pun aku tak berani sebab aku bukannya pakar dalam bidang seni suara ni. Hanya jauhari yang mengenal manikam, tak gitu? AJL ni pun aku tak follow sangat. Sedar-sedar, dah nak semi final je ari tu. Tu pun tertengok kat tv. Kalau tak lagilah tak tau apa-apa. Tapi performance Mojo & Caliph Buskers dengan suara yang memukau memang win. 5 bintang sangat! Dayang pun sangat wowww! Cuma rasa agak irritated dengan tagline dan pesanan penaja yang mendominasi AJL. It killed the umpphh of the program!

Ok... cukup...cukup. Entri ni pun sebenarnya bukan nak ulas pasal AJL. Saja nak share dengan korang aktiviti hujung minggu baru-baru ni. Sebagai santapan mata, jom layan gambar-gambar yang kitorang snap kat Bagan Lalang, Sepang aritu. 

Avani Sepang Goldcoast Resort.

 Berlari-larian di gigi air.

 

Thursday 15 January 2015

Fast Food Di Bali Tidak Halal?

Assalamualaikum,

Bali

Fast food di Bali tidak halal??? Erk! Betul ke? Relaks jangan terus menggelabah. Baca dulu entry ni sampai habis. Hamboiii... tahun 2015 ni akak dah pandai paksa-paksa readers baca entry yang tak seberapa sampai habis pulak daah! 

Sebenarnya, entry ni terhasil dari komen yang ditinggalkan oleh seorang Anon pasal status fast food di Bali yang menurut beliau tidak halal. Jap, tepek sikit komen tu kat sini.


Memandangkan sebelum ni aku pernah tulis dan beri beberapa contoh fast food yang halal di Bali, bila timbul komen macam ni aku rasa bertanggungjawap untuk jelaskan dengan lebih lanjut bagi mengelakkan sebarang salah faham. Dah alang-alang tulis enrti pasal status halal ni, aku masukkan juga sikit sebanyak pasal status halal restoran-restoran di Bali. Lagipun, sebagai seorang blogger kita perlulah ada sense of accountability atas hasil penulisan kita. Kannn? Tak gitu?

Screen shot entri terdahulu pasal fast food halal di Bali :

Full entry klik SINI.- Kuta, Discovery Mall.

 Entry yang berlainan. Full entry di SINI : Bali Travel Guide - Tips & tricks.

Hampir 90% penduduk di Bali beragama Hindu, jadi kedai-kedai yang menjual makanan halal agak terhad. Nak kata terlalu susah nak cari kedai halal tu tak juga. Ada je yang halal cuma kita perlu selektif. Contohnya macam restoran nasi padang. Jangan ingat semuanya halal ya! Tak bolehlah sesaja duduk makan di mana-mana restoran ikut suka hati. Kenalah banyak soal siasat sebelum order makanan. Kadang-kadang pemahaman diorang lain. Bila tak ada daging vavi je terus kategorikan makanan tu halal. Jadi, kita kenalah tanya penyediaan makanan tu macam mana... ada letak liquor ke... apa ke. Pastu ayam/ daging tu macam mana pulak cara sembelihannya.

Kalau di Malaysia kita ada JAKIM, di Indonesia pula Majelis Ulama Indonesia (MUI) dipertanggungjawabkan untuk memikul skop tugas yang lebih kurang sama dalam mengendalikan hal ehwal agama Islam. "MUI atau Majelis Ulama Indonesia adalah Lembaga Swadaya Masyarakat yang mewadahi ulama, zu'ama, dan cendikiawan Islam di Indonesia untuk membimbing, membina dan mengayomi kaum muslimin di seluruh Indonesia. Majelis Ulama Indonesia berdiri pada tanggal, 17 Rajab 1395 Hijriah, bertepatan dengan tanggal 26 Juli 1975 di Jakarta, Indonesia." - Wikipedia.
 
MUI juga bertanggungjawap mengeluarkan persijilan halal ke atas produk atau premis perniagaan. Memandangkan Bali sendiri adalah salah sebuah wilayah yang terletak dalam pentadbiran Republik Indonesia, dah tentulah authority MUI juga meliputi pemantauan hal ehwal agama Islam di Bali sendiri.

Biasanya, premis yang dah dapat certification halal ni akan tampal sticker halal yang MUI keluarkan di bahagian yang mudah dilihat oleh pelanggan. Rasanya dalam entri-entri Bali yang lepas berkali-kali kot aku ingatkan supaya pastikan dulu stiker halal ni ada di outlet yang hendak kita makan tu. Tak semua fast food halal dan ada sticker ini ya. Antara yang ada certification halal termasuklah KFC, MCD, Pizza Hut dan Burger King. Walaupun dah ada sticker ni, tapi sekiranya masih rasa was-was, boleh tanya status halal makanan di situ dan request untuk tengok sijil halal yang dikeluarkan MUI.

Friday 2 January 2015

DI SEBALIK AWAN!

Assalamualaikum,

Kita mulakan entri yang santai-santai saja di awal tahun ni sementara menunggu tuan blog mengumpul kekuatan diri bagi menghadapi hari-hari mendatang dengan kesedaran yang umur juga semakin bertambah selari dengan perubahan masa! Hahaha.


Melihat dan mengagumi formasi-formasi awan di langit adalah satu lagi obsession aku. Memang mengasyikkan lebih-lebih lagi kalau dapat formation yang berlapis-lapis.... yang sekali pandang macam Banjaran Alps atau macam gugusan pulau di tengah-tengah laut tu. Bliss! Memang boleh buat aku terleka sampai tak tidur akhirnya.

Pendek kata, memang boleh dapat anugerah co-pilot terbaik dunia kerana komitment yang tak berbelah-bahagi sampai sanggup bersengkang mata menemani sang driver memandu hingga sampai ke destinasi! Itu kalau travel sianglah. Bila travel malam aku leka tengok bintang pulak. Pencinta alam katanya!

Ni masa journey ke Pulau Pinang hari tu. Entry ke sana tak sempat tepek lagi ni!

Cantik dan menenangkan jiwa yang gundah gulana.