Friday 10 October 2014

SEMUANYA BERPUNCA DARI HATI!

Assalamualaikum,

Semalam ada kawan-kawan yang agak terkejut sikit dengan status amukan aku kat FB. Ada yang terus wassap dan PM inbox bertanya what happened? Tq for the concern, guys. Sebenarnya, aku jarang tulis status-status macam ni. Seboleh mungkin aku cuba elakkan dari tulis status-status berbau marah kat FB atau medium sosial lain. Kat blog pun kalau boleh aku tak nak tulis entri melibatkan hati dan perasaan ni. Kalau boleh, aku nak menceriakan orang lain atau selitkan input yang positif secara indirect walaupun sedikit.

Tapi, aku cuma manusia biasa yang tak sempurna dan ada banyak kelemahan. Aku juga ada perasaan. Aku juga tahu marah. Walaupun agak penyabar, bila sampai masanya aku juga boleh meletup. Walaupun jarang sentap, ada ketikanya aku juga ada tantrum! Aku juga ada hak untuk pertahankan diri andai ada pihak yang cuba pijak kepala, memanipulasikan keadaan atau cuba perangkap aku dalam mainan catur!

Ya... berkawan biar seribu. Tapi, dalam seribu tu tak semua hatinya bersih. Tak semua gembira melihat kejayaan kita walaupun di bibir terukir senyuman manis disulami dengan kata-kata "I'm happy for youuu"! Dalam berpelukan dan berlaga-laga pipi kiri kanan, ada pisau yang dihunuskan di belakang kita with no apparent reason! Aku dah terkena. I'm sick of it!

Segala-galanya bertitik-tolak dari HATI.  Bersihkan hati, lapangkan dada dan selarikan dengan akal fikiran yang waras. Kenapa perlu dengki-mendengki? Kenapa tak senang melihat kegembiraan orang lain? Kenapa perlu menjaja cerita orang sana sini? Kenapa nak iri hati bila kawan-kawan pergi bercuti... makan-makan dengan keluarga atau berkongsi cerita tentang anak-anak? Kenapa perlu susah payah membelek gambar orang lain demi mencari cacat-cela yang ada? Kenapa perlu mempertikaikan pakaian orang lain yang konon-kononnya tak cukup muslimah sedangkan diri kita sendiri 2 x 5 saja?!? Kenapa terlalu sibuk menjaga tepi kain orang? Kenapaaaa?????

Andaikata hati tak cukup kuat dan cukup-cukup sakit melihat kebahagiaan atau kejayaan orang, jauhkanlah diri dari ambil tahu hal orang lain. Tak perlu nak sibuk-sibuk. Itulah pendekatan terbaik sebenarnya. Gunakan masa yang ada untuk muhasabah diri dan merawat penyakit hati sebelum merebak menjadi penyakit yang memakan diri sendiri. Andaikata apa yang dibuat orang lain semua tak kena di mata kita, elakkanlah juga diri dari buat perkara yang sama. Jangan hanya pandai berkata-kata. Jangan hanya tau share quotes atau madah pujangga untuk highlight salah orang saja. WALK THE TALK!! Jangan hanya manis di bibir! Jujurlah dalam bersahabat dan jangan berpura-pura!




-lotsa luv-
Fayreen Mizan


6 comments:

  1. pemikiran kita ke arah yang sama... akan tiba satu2 masa memang kita akan meletus...bila dah tak tertahan bila orang memanipulasi keadaan dan cuba memijak2 kepala kita secara indirect... salam jumaat dear...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai Farah. Kannn... selagi boleh bersabar... seboleh2nya kita sabar.

      Delete
  2. Mmg lumrah manusia.. kdg2 ada waktu akan meletopsss jugak. Sekali sekala kena juga ekspress kan alang2 dah ada laman sendiri agar org tau kita bukan selalu happy jer hehee.. Adalkan ia tak terlalu bnyk & memudaratkan tu oklah kan.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Khir. Ada masanya kena tegas..tak boleh berlembut sangat kannn :)

      Delete
  3. Biasalah dear...memang ada jenis manusia yang tak pernah puashati tgk org lain...walaupun dia tu kdg2 berlagak seperti sahabat. :) takpe...luahkn je apa yang terbuku di hati dengan cara kita.Jgn maki hamun dah...hihi.Ayu ni pun selalu gak meluah perasaan...tapi cuba sedaya upaya la keluar ni *&%$#@, hihihihi

    ReplyDelete
  4. ishh..tension tul dgn sikap org yg begitu...hanya mampu berdoa agar si dia berubah menjadi org yg lebih baik amin...

    ReplyDelete